Seorang budak lelaki Maghribi yang terperangkap di dalam sebuah perigi selama lima hari telah men1nggal dun1a, hari ini. Kenyataan mengenai kem4tian Rayan Awram, dikeluarkan oleh dua badan kerajaan tempatan sejurus kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.
Menurut laporan BBC News, Rayan sudah pun men1nggal dun1a ketika pasukan penyelamat berjaya menembusi perigi sedalam 32 meter itu.
Rayan Awram yang terperangkap lebih 70 jam dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter disahkan men1nggal dun1a hari ini.
Diiringi laungan ‘Allahuakbar’
Kanak-kanak lelaki berusia lima tahun itu ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa ketika pasukan penyelamat menemuinya dalam keadaan mengiring. Pihak berkuasa Maghribi mengumumkan kem4tiannya sebelum jam 10 malam (waktu tempatan) sejurus anggota penyelamat berjaya mengeluarkan jas4d kanak-kanak malang itu dari lubang perigi berkenaan.
Koresponden AP melaporkan, jasad Rayan dibalut dengan selimut kuning ketika dia dibawa keluar dari terowong yang digali pasukan penyelamat. Rakaman di media sosial selepas m4yatnya ditemui memaparkan wajah sedih dan sugul ratusan anggota penyelamat sambil orang ramai berzikir. Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans bersama Rayan. Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga m4ngsa.
Pada 1 Februari, Rayan mengikut bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumah mereka. Pada ketika itu bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain di sekitar kawasan perigi tersebut. Hanya setelah beberapa ketika, bapanya telah sedar bahawa Rayan sudah tiada lagi di kawasan tersebut. Puas mencari, lelaki tersebut mula tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering. Susulan daripada itu, lelaki tersebut telah meminta bantuan penduduk kampung. Meskipun ada individu yang sudi memberikan bantuan, mereka tetap berdepan masalah apabila kedalaman perigi tersebut melebihi 30 meter dan lubang perigi tersebut hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, lubang tersebut bertukar menjadi sempit mengikut jarak. Segala maklumat ini telah dicerap oleh pasukan bantuan pelbagai agensi yang datang untuk membantu mengeluarkan Rayan.
Kronologi kejadian
Hari demi hari, pihak penyelamat mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Bekalan oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihantar ke bawah bagi tujuan mengawasi keadaan Rayan. Pihak penyelamat juga telah berfikir pelbagai cadangan bagi membantu Rayan. Salah satunya adalah untuk menghantar seseorang membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Namun atas sebab kelebaran lubang perigi yang semakin mengecil di bawah, cadangan tersebut dianggap mustahil sama sekali. Selepas itu, pasukan penyelamat berusaha menggali keseluruhan tanah untuk sampai di kedalaman Rayan sedang berada. Bertan-tan tanah telah digali bagi menyelamatkan Rayan.
Setelah lima hari bertarung, pasukan kecemasan berjaya mengeluarkan Rayan daripada perigi tersebut. Sejurus dibawa keluar, mereka bergegas membawa Rayan ke pusat perubatan terdekat sekali gus menamatkan operasi getir berkenaan.
Sumber: Morocco World News & BBC News
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : http://www.sinarviral.com/