Home Petua Tips ‘Kuasa sedekah’, Allah balas segera – Netizen

‘Kuasa sedekah’, Allah balas segera – Netizen

64
0

Rezeki itu datang tanpa diduga dan sebagai manusia, amalan sedekah adalah satu tuntutan untuk kita berbuat baik kepada orang lain.

Menerusi perkongsian seorang lelaki @vitaminbae_ di media sosial, dia terharu apabila seorang warga emas yang duduk di meja sebelah secara tiba-tiba mengeluarkan sejumlah wang daripada topinya dan menawarkan untuk membayar makanan dia dan rakan-rakannya di sebuah kedai makan sarapan pagi.

Menurutnya, sebelum itu mereka didatangi oleh dua orang kanak-kanak yang sedang kelaparan sambil memegang bungkusan plastik yang berisi selipar terbuang.

“Adik-adik ini kelaparan, datang ke meja kami minta makanan.

“Kita belanja adik-adik ini makan, tiba-tiba pakcik sebelah nak bayarkan makanan kami,” tulisnya.

Tambah lelaki tersebut, warga emas itu yang juga seorang penjaga parkir tersentuh melihat kebaikannya memberi sedekah kepada kanak-kanak tersebut dengan membelanjakan makanan untuk mereka.

“Sebab pakcik itu tersentuh tengok kami bantu adik-adik tadi, dia pula nak sedekah kepada kami,” katanya.

Video:

Begitulah ‘kuasa sedekah’ yang dapat dilihat melalui kisah yang diceritakan lelaki tersebut dan rata-rata orang ramai turut memuji tindakan lelaki itu dan kebaikan pakcik tersebut.

“Terbaik, semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua, moga pakcik itu pun dimurahkan rezeki,” kata @Natiy_99.

“Terharu saya lihat video ini, memang Allah balas segera kebaikan orang bersedekah dan ini dinamakan kuasa sedekah,” kata @Nohi.ss.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : sinarviral

Previous articleDua kali putus tunang, jururawat terbuka juga hati terima jejaka ‘annoying’ pilihan keluarga… dah block WhatsApp tetap tak putus asa
Next articlePenampilan Terbaru Coach Yin Cvri Perhatian Netizen – ‘Ni Baru Nampak Macam Bakal Daddy!’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here