Home Petua Tips ‘Lain Macam Pembawakan Budak’ Hafiz Mahamad Umum Isteri Hamil Anak Kedua

‘Lain Macam Pembawakan Budak’ Hafiz Mahamad Umum Isteri Hamil Anak Kedua

86
0

Personaliti media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi khabar gembira apabila isterinya Syafiqah Aina kini sedang hamil anak kedua mereka.

Alami Simptom Hamil 

Menerusi sebuah hantaran video di Instagram, Hafiz yang juga pengasas jenama Aaina Beauty dan Aaina Clinic berkata isterinya mengalami beberapa simptom hamil yang agak teruk bagi kehamilan kali ini. Malah, Hafiz turut memaklumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi yang sudah diberi nama sebagai Rayqal.

“Lain sangat Pembawakan hero dalam perut tu. Sian mummy. Alhamdulilah hero yang kuat

Lately ini, Kalau saya nak manja/duduk dengan Ainaa. Isteri saya akan muntah teruk, dia tak boleh tengok saya rapat dengan dia. Pening saya” dedah Hafiz

Terpaksa Tinggalkan Aina

Bagaimanapun, Hafiz terpaksa meninggalkan Aina buat seketika kerana terlibat komitmen kerjaya nya dan bertemu dengan usahawan-usahawan di bawah syarikat mereka. Di kesempatan itu, usahawan ini turut berharap agar Aina akan terus kuat mengharungi fasa kehamilan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Harini saya bergerak tour 1 Malaysia jumpa & train usahawan Ainaa. Ini rutin setiap tahun & Saya kena ada untuk mereka, ini tanggungjawab. Mungkin puasa nanti pun saya berada di Indonesia

“Kalau terjumpa sahabat yang memerlukan, saya akan turun untuk bantuan juga. Saya bawa semangat anak saya

“InsyaAllah, busy macam mana pun saya usaha untuk balik sekejap teman isteri checkup. Saya tahu, bukan senang mummy nak lalui fasa pregnant ini

“InsyaAllah, isteri Abang kuat. Abang kerja dulu ya sayang 2-3 minggu ni. Raisya & Rayqal. Jaga mummy baik baik” katanya

Untuk rekod, Hafiz dan Aina berkahwin pada 24 November 2017 dan hasil perkahwinan ketika ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Raisya Narisa, 4 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.tehtarikkaw.com/

Previous article“Alahai Comel Sangat Awak Ni Ungku Zara” – Peminat Puji Kecomelan Anak Linda Onn
Next articleGraduan terharu pensyarah bertindak ‘sweet’ jadi pengganti keluarga di majlis konvo… sanggup berpanas, tunggu sejak pagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here