Home Petua Tips ‘K0ntroversi betul’ Long Tiger mengaku tak bersalah lakukan pemer4san

‘K0ntroversi betul’ Long Tiger mengaku tak bersalah lakukan pemer4san

271
0

LELAKI Rohingya dikenali sebagai Long Tiger yang mencetuskan kontr0versi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook (FB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini, atas dakwaan pemerasan.

Tertuduh yang berusia 34 tahun itu didakwa kerana melakukan pemerasan terhadap seorang individu kira-kira jam 4 petang, pada awal Oktober 2019, di sebuah restoran di Bukit Gambir, Tangkak.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada individu dengan cara akan membuat laporan polis ke atas individu berkenaan yang melakukan hubungan intim bersama gadis bawah umur sekali gus memaksa individu terbabit menggugurkan laporan polis ke atas tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Norina Maludin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan tanpa cagaran dan sebutan semula kes pada 1 Jun ini.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali.

Dalam pada itu, isteri Long Tiger dan anak perempuan mereka kelihatan hadir ke mahkamah bersama seorang individu yang dipercayai saudaranya bagi urusan jaminan.

Terdahulu, Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan semula Long Tiger bersabit kes dilaporkan di Tangkak, Sabtu lalu, membabitkan elemen pemerasan.

Ramai lapor perbuatan Long Tiger

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat beberapa lagi laporan dibuat ke atas lelaki berusia 34 tahun itu di beberapa negeri termasuk Selangor dan Kuala Lumpur.

“Apabila dia (Long Tiger) ditangkap di Johor dan direman, ramai lagi orang awam tampil membuat laporan berkait kesalahan lampau lelaki itu.

“Mungkin sebelum ini orang takut mahu membuat laporan. Takut ada tindak balas daripada Long Tiger. Banyak lagi laporan yang dibuat. Kita tunggu,” katanya ketika ditemui selepas program penyerahan sumbangan Syarikat Yeoh Tiong Lay (SPYTL) Sdn Bhd kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.

Terdahulu, PDRM Johor mengesahkan menahan semula individu digelar Long Tiger bersabit kes baru dilaporkan di Tangkak pada 2 Mei lalu yang membabitkan elemen pemer4san.

Beliau berkata, permohonan reman bagi siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia sudah ditolak oleh Majistret Mahkamah Muar.

“Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, dia boleh dipenjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan,” katanya.

Pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu ditahan semula Sabtu lalu dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan membabitkan elemen pemer4san.

Terdahulu dia direman bagi siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan/233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Long Tiger dah kena tangkap.

SEMINGGU yang lalu, KETUA Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan seorang lelaki dikenali sebagai Long Tiger, hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut dan dijangka melakukan satu sidang media berkaitan penangkapan itu, esok.

“Benar, setakat ini saya mengesahkan tangkapan suspek itu,” katanya ringkas ketika dihubungi melalui WhatsApp hari ini.

Tular di media sosial video berdurasi 14 saat yang memaparkan individu berbaju T hijau serta berseluar ungu dan bergari dikaitkan dengan Long Tiger ditahan.

Long Tiger menjadi bualan netizen kerana kelantangannya sehingga menimbulkan kontroversi melalui beberapa sesi siaran langsung di Facebook sebelum ini.

Malah dia juga sentiasa mencabar mereka yang tidak bersetuju dengan pendapatnya serta mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan warganet.

Sumber : hmetro

Previous article“Saya dipenj4ra 8 hari, anak Zahid didenda RM800. Kenapa berat sebelah?” – Ibu tunggal
Next articleDakw4an Jakel salur bantuan RM800K kpd SU Politik Mat Sabu, Ini respon Datuk Faroz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here