Home Petua Tips “Lebih Berhati-Hati, Bukan Saya Sendiri Tetapi Ada Anak Bersama…,” – Shila Amzah...

“Lebih Berhati-Hati, Bukan Saya Sendiri Tetapi Ada Anak Bersama…,” – Shila Amzah Tak Tutup Pintu Hati

138
0

Walaupun pernah melalui kegagalan dalam rumah tangga, namun penyanyi Shila Amzah tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta baharu.

Namun begitu, Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah, 32, berkata dia akan lebih berhati-hati memilih pasangan hidup selepas ini.

“Saya tidak ser1k kerana masih ada cinta untuk diberikan kepada yang selayaknya. Cuma saya tidak tahu bagaimanapun jodoh saya pada masa hadapan.

“Cuma saya akan lebih berhati-hati kerana saya bukan sendiri, tetapi ada anak bersama saya,” katanya.

Ibu kepada Seth Uwais ini juga berkata anaknya merupakan sumber kekuatannya untuk terus melangkah dalam menjalani kehidupan seharian.

Walaupun Seth masih belum memahami apa yang berlaku, namun Shila cuba menerapkan suasana positif agar tidak menganggu perkembangan anaknya yang semakin membesar.

“Sebagai ibu, menjadi tanggungjawab saya untuk mewujudkan suasana yang positif. Walaupun anak saya belum memahami apa yang berlaku, saya mahu dia rasa semuanya masih sama.

“Saya bersyukur kerana dia melalui situasi ini (penceraian Shila) pada usia sekarang. Walaupun mungkin Seth akan bertanya juga suatu hari nanti, saya sudah lebih bersedia menjawabnya.

“Tidak dinafikan ada orang takut untuk melalui situasi sebegini (menjadi ibu tunggal), tetapi untuk saya, saya lebih kuat bila nampak wajah anak.

“Jadi saya akan cuba sorokkan apa sahaja perkara negatif atau kesedihan saya. Dahulu saya banyak mengutamakan orang lain, tetapi kini saya belajar untuk mengutamakan diri saya sendiri.

“Mungkin ada yang melihat saya mementingkan diri sendiri. Tetapi pada saya, untuk menjadi ibu yang terbaik, saya perlu utamakan diri dan jaga diri sendiri dulu,” katanya lagi.

Penyanyi lagu Patah Seribu ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan berc3rai pada 8 Februari tahun ini.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous article34 tahun Terpisah, Akhirnya Tiz Zaqyah Bertemu Abang Kandung Buat Pertama Kali!
Next article[VIDEO] Gara-gara Elon Musk Puji ‘Kopiko’ Sedap, Saham Syarikat Gula-gula Ni Terus Mencanak Naik!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here