Legasi Siti Sarah… Loveta X Anzalna tampil 11 koleksi semi instant shawl

LEGASI yang ditinggalkan Allahy4rham Siti Sarah Raissuddin melalui jenama tudung yang dibangunkan pada 2019 diteruskan dengan kerjasama strategik bagi mengembangkan lagi produk itu merentas sempadan dunia.

Permulaan 2022 memperlihatkan Loveta mengumumkan kerjasama bersama pelakon Anzalna Nasir menerusi kempen Loveta X Anzalna yang bermula sejak 5 Januari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire (M) Sdn Bhd, Siti Fatimah Suberi, berkata, dia menganggap kerjasama bersama Anzalna merupakan sesuatu yang menarik memandangkan ini merupakan kali pertama pelakon berkenaan berkolaborasi dengan jenama tudung.

Anzalna 2

Anzalna Shawl dihasilkan mengikut citarasa pelakon itu.

“Saya gembira kerana niat untuk bekerjasama dengan Anzalna berjalan dengan baik sekali. Apabila kita menyatakan hasrat untuk ‘menyunting’ beliau, hasrat tersebut disambut dengan baik dan bermulalah kerjasama antara kami.

“Apa-apa pun saya berterima kasih kepada hubungan baik yang terjalin antara Anzalna dan arw4h Sarah sejak dahulu. Ini juga yang menjadi sebab utama kenapa Anzalna sudi memilih jenama Loveta dalam kempen kali ini,” katanya.

Menerusi kempen Loveta X Anzalna, jenama itu memperkenalkan Anzalna Shawl yang juga shawl semi instant yang hadir dengan 11 koleksi warna menarik dipandang.

Menariknya, mereka menghasilkan produk kali ini dengan mengikut citarasa pelakon berkenaan yang mahukan satu tudung yang mudah dipakai namun mempunyai kelas dan standard tersendiri.

Ditambah pula dengan penghijrahan Anzalna sendiri yang kini sudah tampil berhijab, pastinya koleksi yang diperkenalkan diharap dapat memenuhi citarasa kebanyakan wanita bertudung.

Anzalna 3

Anzalna Shawl hanya dijual pada harga RM59.

“Pada dasarnya Allahy4rham Sarah pernah menyatakan hasrat untuk bekerjasama menerusi satu produk namun perkara tersebut tidak kesampaian. Tapi saya secara peribadi bersyukur kerana dapat menunaikan hasrat arw4h sekarang.

“Walaupun ada beberapa jenama lain yang turut sama menyatakan minat untuk bekerjasama dengannya, beliau akhirnya memilih jenama Loveta. Ini yang membuatkan saya terharu,” ujarnya.

Sebelum ini, Loveta sudah mengeluarkan tujuh jenis koleksi tudung termasuklah Solehah yang mendapat sambutan ramai sewaktu ia mula dilancarkan.

Anzalna Shawl pula adalah koleksi kelapan yang dikeluarkan oleh jenama itu yang boleh dibeli melalui ejen dan stokis di seluruh negara dengan harga RM59.

Anzalna 4

Siti Fatimah bersyukur dapat merealisasikan impian Siti Sarah.

Selain memperkenalkan kempen Loveta X Anzalna, Siti Fatimah yang juga merupakan ibu tiri kepada Sarah mengumumkan Dzakira Talita Zahra, 9 tahun sebagai pewaris jenama Loveta.

Talita yang juga anak perempuan tunggal kepada Shuib dan Sarah akan menyambung legasi perniagaan memandangkan dia sendiri sudah menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang fesyen dan perniagaan.

Mereka juga sudah merancang untuk memperkenalkan tudung untuk kanak-kanak sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Apa-apa pun kami akan memberikan tumpuan kepada kempen Loveta X Anzalna yang baru sahaja bermula. Kita berharap kerjasama ini akan berterusan dan memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Selain itu kita juga berharap penghijrahan Anzalna juga akan menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana untuk menjadi lebih baik dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*