Home Petua Tips ‘Lelaki tidak dapat dilupakan’ popular di TikTok! Gadis buat peng4kuan didekati ‘lelaki...

‘Lelaki tidak dapat dilupakan’ popular di TikTok! Gadis buat peng4kuan didekati ‘lelaki kucing’ pernah gemparkan negara 13 tahun lalu –

73
0

KETIKA aplikasi TikTok ‘meriah’ dengan video-video yang dikongsi oleh pelayar media sosial mengenai ‘lelaki yang tidak dapat dilupakan’, kemunculan sebuah video yang dimuat naik oleh seorang gadis m3ncuri tumpuan ramai.

Gadis tersebut berkongsi pengalamannya terserempak dengan seorang lelaki yang cukup terkenal dengan gelaran ‘lelaki kucing’, individu yang pernah menggemparkan negara kerana disy4ki sebagai suspek kepada beberapa k3s p3ncul1kan kanak-kanak sekitar 2008.

Sehingga kini video yang dimuat naik gadis tersebut meraih lebih 457,000 dalam tempoh kurang daripada 24 jam!

Mengimbas kembali insiden yang berlaku sekitar 13 tahun lalu, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Athirah berkata dia masih mampu mengingati perkara berkenaan walaupun ketika itu dia masih bersekolah rendah.

“Kalau tak silap, insiden itu berlaku hujung tahun sekitar 2007 masa cuti sekolah. Ketika itu saya dan keluarga menetap di Kampung Baru. Memang masa tu, heboh pasal k2s c4bul dekat area sekitar Kampung Baru, Wangsa Maju dan kawasan sekitar.

“Nak dijadikan cerita, pagi hari tersebut saya pergi ke kedai runcit dengan seorang rakan lelaki yang lebih kurang tua tiga tahun dari saya. Masa sampai kedai, rakan saya dah masuk, saya belakang sikit.

Kes kehilangan Nur Sharlinie dikaitkan dengan suspek yang dikenali sebagai ‘lelaki kucing’.

“Masa itu ada lelaki bertopi keledar dan berhentikan motornya depan kedai… dia tegur ‘dik, nak tengok kucing tak dekat sekolah agama?’. Masa tu saya pandang dia tapi kemudian saya terus masuk dalam kedai.

“Lokasi sekolah agama dengan kedai runcit tu dekat saja. Dekat belakang sekolah agama tu ada taman permainan tapi sunyi sebab cuti sekolah. Mujur juga dia tak tarik saya dan dia kemudian terus berlalu,” ujarnya ketika bercerita kepada mStar.

Menurut gadis berusia 21 tahun ini, tidak lama kemudian negara dikejutkan dengan k3s k3hilangan kanak-kanak bernama Nur Sharlinie Mohd Nashar dan dia serta merta teringatkan insid3n yang dialaminya sebelum itu.

Lelaki berkenaan menjadikan kucing sebagai ‘umpan’ untuk memperdaya mangsa. Gambar hiasan

“Suspek dikatakan mengumpan kanak-kanak dengan ‘kucing’ dan lakaran wajahnya dikeluarkan di berita. Walaupun masih bersekolah rendah, tapi saya sedikit sebanyak ada tengok televisyen dan baca surat khabar.

“Melihat saja lakaran wajah lelaki itu, terus teringat lelaki yang ajak saya tengok kucing sebelum itu. Masa tu baru saya ceritakan kepada ibu. Memang ibu tak bagi saya keluar berseorangan dah,” katanya yang kini bekerja di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur.

Melihat saja lakaran wajah lelaki itu, terus teringat lelaki yang ajak saya tengok kucing sebelum itu. Masa tu baru saya ceritakan kepada ibu.

ATHIRAH

Tambah Athirah yang kini sudah berpindah dari Kampung Baru, setiap kali terbaca k3s membab1tkan kehilangan atau penc4bulan kanak-kanak, dia tidak dapat mengungk4pkan betapa dia terlalu bersyukur kerana dilindungi dan terh1ndar daripada insid3n sedemikian.

Tidak menyangka perkongsiannya meraih jumlah tontonan tinggi di TikTok, Athirah berkata dia sekadar mahu menyebarkan kesed4ran kepada masyarakat agar lebih berh4ti-h4ti agar tidak ditimpa kej4dian yang tidak diingini.

“Saya post secara random je… kebetulan tengah trend dekat TikTok dengan perkongsian video ‘lelaki tak dilupakan’ jadi saya kongsi pengalaman ny4ris menjadi m4ngsa ‘lelaki kucing’ tu.

Athirah menasihatkan ibu bapa agar lebih peka supaya kejadian yang sama tidak menimpa anak-anak mereka. Gambar hiasan

“Ramai yang komen nak tahu ceritanya jadi saya ceritakan juga di dalam video berasingan. Tapi ada juga yang komen, mereka tanya ‘tak takut ke’ dan bimb4ngkan kesel4matan saya.

“Serta merta saya terus rasa macam takut pula tapi demi nak create awareness, saya fikir positif. Saya harap ibu bapa dekat luar sana ambil berat dan lebih pek4.

“Mungkin kena ded4hkan anak-anak dengan perkara atau isu-isu yang melibatkan keselam4tan diri seperti ini. Kalau boleh, jangan terlalu yakin lepaskan anak-anak pergi bermain tanpa teman. Selalulah ing4tkan dan nasih4tkan anak-anak tentang kesel4matan,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleAltimet Luah Perasaan Dia Yang Selama Dia Pendam Selepas PKP 3.0 Diperketatkan
Next article“PKP 3.0 Akan Ada 5 Perkara Yang Bakal Bervbah Bermula 25 Mei ini.” Perk4ra No 5 Pasti Ramai Akan MengeIvh P4njang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here