Home Petua Tips Tiada Bukti Raja Arab Mahu Derma,Bossku Didapati Bersalah

Tiada Bukti Raja Arab Mahu Derma,Bossku Didapati Bersalah

256
0

KUALA LUMPUR  Mahkamah Tinggi di sini hari ini sekali lagi mendapati pihak pembelaan yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menimbulkan keraguan munasabah atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu ketika membaca keputusan penghakimannya sebentar tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseks4an yang memperuntukkan hukuman penj4ra maksimum 20 tahun dan hukum4n sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pada jam 11 pagi tadi, mahkamah mendapati pasukan Najib gagal menimbulkan keraguan munasabah atas tuduhan salah guna kuasa namun belum mengumumkan hukum4n yang bakal dihadapi oleh Najib.

Ketika ini, Mohd Nazlan masih membaca baki tiga lagi pertuduhan lain yang dikenakan ke atas pemimpin UMNO itu.

Tiada bukti Raja Arab mahu derma – Hakim

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur memutuskan tidak ada bukti Raja Arab mahu memberi bantuan kewangan kepada Najib atau Malaysia.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata, hanya kemudian Jho Low memaklumkan bahawa Raja Abdullah mahu memberi derma.
“Ini tidak konsisten dengan apa yang diberitahu oleh Raja Abdullah kepada tertuduh ketika bertemu di Riyadh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan penghakiman keputusan kes Najib yang berdepan tuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Prosiding keputusan masih berjalan.

Sumber : hmetro & Sinar

 

Previous article(Video) Bunyi Hon Je Terus Kena Bel4sah.Isteri Luah Rasa Geram
Next articleDS Najib Ada Harapan ‘Terlepas’ Daripada Hukum4n? Lihat Penjelasan Pakar Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here