Home Petua Tips Mak Ayah Abang Viva Men4ngis, Uc4p Syukur Terima Kejut4n Kereta 4×4

Mak Ayah Abang Viva Men4ngis, Uc4p Syukur Terima Kejut4n Kereta 4×4

71
0

Sejak bencana banjir berlaku, salah satu nama yang sering mendapat perhatian adalah Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar apabila sanggup datang dari Melaka seorang diri membawa Perodua Viva serta bot penyelamat untuk membantu para mangsa banjir yang terkandas di kawasan-kawasan ditimpa bah.

Berkat kebaikkan dan jasa yang ditabur, ada sesetengah pihak sudi memberikannya ganjaran kerana berterima kasih dengan bakti yang telah dicurah ketika itu.

Selepas menerima sebuah motosikal berkuasa tinggi, akhirnya kereta 4×4 yang dijanjikan oleh seorang usahawan kosmetik dikenali sebagai Sha Hasan telah sampai kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHALICIOUS®️ (@shahasan22)

Ikutkan 2-3 bulan kena que…tapi rezeki Abang Viva berjaya juga keluarkan dalam masa terdekat

Menurut usahawan itu, dia sangat bersyukur kerana proses mendapatkan kereta berkenaan berjalan dengan lancar dan kereta tersebut yang sepatutnya harus menanti dua hingga tiga bulan berjaya diperoleh dalam beberapa minggu sahaja.

“Alhamdulillah thumma alhamdulillah, selesai jugak akhirnya. Jangan risau awakkk semua, saya ada ni x lari mana pun 😅 Bila dah janji insyaAllah sy akan tepati.

“Tqsm semua yg memudahkan urusan, cari jugak sampai dapat kereta. Kalau ikutkan 2-3 bulan kena que tp rezeki abg viva berjaya jugak keluarkan dalam masa terdekat. Haza rahmatun min rabbi ” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Mak & ayah Abang Viva menangis…ucap syukur tak terhingga terima kejutan kereta 4×4

Susulan daripada itu, Sha dan suaminya telah datang ke Melaka dan memberi kejutan dengan menghantar sendiri kereta tersebut di rumah Abang Viva.

Menerusi sesi live petang semalam, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar berkongsi detik penyerahkan kunci kereta. Sha Hassan malah meminta ibu dan ayah sukarelawan tersebut untuk tutup mata terlebih dahulu, sebelum menerima kejutan sebuah model Mitsubishi Triton buat keluarga mereka.

Sambil mengalirkan air mata, kedua-dua warga emas itu mengucapkan rasa syukur tak terhingga atas sumbangan penuh makna tersebut.


Paling mencuri tumpuan sudah tentu kejutan yang diberika itu khusus buat ibu dan bapa Azwan yang dilihat begitu terharu sehingga menadah tangan mengucapkan syukur diatas pemberian tersebut.

Video berkenaan juga telah dimuat naik kembali oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @iman91094 dan mendapat perhatian ramai.

Ayah Abg Viva Terus Angkat Tangan Doakan Sha Sambil Menangis

Menerusi Instastory Instagram Shahasan22, Sha berkongsi detik-detik yang berlaku semasa buat kejutan untuk mak ayah Abang Viva.

“Baru sampai rumah alhamdulillah. Tq suamiku sentiasa support apa je yang bini dia nak buat.

“Paling sebak tadi masa nak balik, mak Abang Viva peluk Sha kata kitorag tak dapat nak balas budi Sha.

“Suami Sha jawab, mak doakan jelah Sha sihat selalu sebab dia memang suka buat kerja macam ni jadi taknak operate tulang belakang dia sebab takut lama nak sembuh jadi tak boleh bantu orang…” tulisnya.

“Ayah Abang Viva pulak terus angkat tangan doakan Sha supaya diberi kesembuhan dari sakit tulang belakang bengkok sambil menangis

“Rindu pulak rasa kat diorang, tadi sampai tak bagi kitorang balik…” tambahnya.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa gembira diatas hadiah yang diterima Abang Viva.

Mereka juga meluahkan rasa syukur kerana sebagai rakyat Malaysia masih ramai lagi insan-insan berhati mulia dan saling menyokong seperti yang dilakukan oleh Azwan serta usahawan kosmetik tersebut.

Sumber : Instagram Shahasan22, Facebook Azwan Omar, TikTok @iman91094

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.viralmy.me/

Previous articlePuteri YDPA Hantar Makanan Kepada Neelofa, Sekali Benda Lain Pula Yang Jadi Perhatian
Next article“Dia Wanita Istimew4..” – Fizi Ali Perjel4s Siapa Pemilik Su4ra Perempuan Ketik4 Bersama Anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here