Home Petua Tips Mak mentua jadi ‘mastermind’ rancang kejvtan sampai menantu men4ngis macam budak kecil...

Mak mentua jadi ‘mastermind’ rancang kejvtan sampai menantu men4ngis macam budak kecil – “Saya tertanya kenapa mereka m3nyepi”

109
0

WALAUPUN sudah berkahwin, ker1nduan yang menebal pada ibu bapa tetap ada terutama mereka yang tinggal berjauhan.

Begitulah perasaan yang dilalui seorang anak perempuan yang baru setahun mendirikan rumah tangga.

Kedatangan keluarganya dari Sarawak untuk melawatnya yang sedang berp4ntang selepas bersalin di Melaka merupakan satu kejvtan yang tidak disangka-sangka.

Norsaffika (dua, kiri) dan suami (tengah) pada majlis pernikahan di Sarawak. Turut serta bapa (dua, kanan), ibu (kiri) dan ibu tiri.

Norsaffika Sahari berkata, kali terakhir dia bertemu ibu bapanya yang tinggal di Bintulu, Sarawak sewaktu pernikahannya pada November tahun lalu.

Selepas bernikah, katanya, dia kemudian mengikut suami menetap bersama keluarga mentua di Bukit Beruang di Ayer Keroh, Melaka.

“Mak ayah saya belum pernah datang ke Melaka sejak saya kahwin. Bukan sahaja jauh, tapi juga PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sekatan rentas negeri sebelum ini.

“Sejak kahwin, hanya call dan video call termasuk mesej yang menghubungkan kami. Hari-hari r1ndu pada keluarga terutamanya ayah sebab saya rapat dengan dia,” katanya kepada mStar.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Norsaffika yang berusia 20 tahun berkata, dia baru melahirkan cahaya mata perempuan sulung pada 5 Disember lalu dan kini berp4ntang di rumah mentua.

“Selalu juga saya atau keluarga saya call. Tapi dua hari sebelum kejvtan tu, baik ayah dan mak serta adik-beradik lain di kampung senyap saja.

“Saya ris4u sebab tak pernah jadi macam ni, tertanya-tanya apa masalah mereka sampai menyepi begitu sekali,” ujarnya yang berasal dari Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu.

kejutan berpantang 2

Nosaffika (dua, kanan) dan suami (dua, kiri) bersama ibu bapa mentua.

Maka tidak hairanlah kemunculan bapanya mendahului ahli keluarga dan ibu di luar pintu rumah mentua baru-baru ini benar-benar mengejvtkannya sehingga mengundang seb4k.

“Hari tu mak mentua masak banyak, macam-macam lauk. Katanya ada kawan dia nak datang ziarah. Selepas tu mak mentua beritahu suami dari tempat kerja nak jumpa di luar rumah.

“Jadi bila saya buka pintu dan nampak ayah depan mata, memang saya terkejvt sebab ayah dan mak serta mak tiri bersama ahli keluarga sanggup datang dari Bintulu ke Melaka.

Bayangkan dah sampai KLIA pun ayah sekeluarga masih senyap, sanggup guna van sewa untuk datang ke Melaka semata-mata nak jumpa saya

NORSAFFIKA SAHARI

“Saya tak dapat tahan seb4k sampai men4ngis macam budak kecil. Saya anak bongsu dan memang rapat dengan ayah,” katanya yang merujuk perkongsian video kejvtan tersebut di aplikasi TikTok, sambil menambah ibu bapanya masing-masing berusia 49 dan 59 tahun.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, dia berasa terh4ru kerana tidak menyangka ibu mentuanya menjadi ‘ketua’ yang merancang untuk membuat kejvtan tersebut.

kejutan berpantang 4

Bersama keluarga di Sarawak.

“Saya memang terh4ru dengan rancangan yang diaturkan mak mentua bersama adik ipar. Suami saya sendiri terkejvt sebab dia tidak tahu menahu mengenai kejvtan yang dibuat.

“Bayangkan dah sampai KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) pun ayah sekeluarga masih senyap, sanggup guna van sewa untuk datang ke Melaka semata-mata nak jumpa saya,” katanya yang berketurunan etnik Melanau Bintulu.

Dalam pada itu, kerinduan suri rumah terhadap masakan tradisi terkenal di Sabah dan Sarawak yang diperbuat daripada sagu rumbia iaitu Ambuyat yang dimasak ibunya terubat.

“Bukan sekadar lepas r1ndu nak kumpul beramai-ramai dengan keluarga dari Bintulu, tapi saya dapat rasa juga Ambuyat air tangan mak buat di Melaka.

“Kali terakhir saya makan Ambuyat sebelum kahwin. Saya boleh je buat tapi tak ada kawan nak makan sama sebab suami tak reti makan Ambuyat,” ujar Norsaffika secara berseloroh.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleMahu ken4ng jasa jutaan rakyat Malaysia. Dengan kudr4t yang ada bapa Ainul Mardhiah ber4zam bantu m4ngsa b4njir.
Next articleDis4ngka Video Negara Jiran, Tips Balut Kereta Guna Pl4stik Rupanya Di Kemaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here