Home Petua Tips Mas Idayu Tak Tolak Jodoh Di Usia 50 Tahun, Akui Sedang Rapat...

Mas Idayu Tak Tolak Jodoh Di Usia 50 Tahun, Akui Sedang Rapat Dengan Seseorang

74
0

Penyanyi dangdut Mas Idayu mended4hkan bahawa dia sedang mengenali hati budi seseorang, namun masih belum bersedia untuk berkongsi siapakah gerangan lelaki berkenaan. Namun Mas Idayu memberi bayangan individu tersebut juga dikatakan turut bekerja dalam industri hiburan.

Ujarnya lagi, dia tidak menyangka selama 15 tahun hidup sendiri, akhirnya ada yang ‘mengetuk’ pintu hatinya dan tidak menolak kemungkinan akan membawa hubungan mereka ke fasa yang lebih serius.

Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil nak jawab soalan ini. Selama ini saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru walaupun banyak lelaki cuba mendekati. Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat tetapi jika saya okey, anak pula sebaliknya.

Sebenarnya saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki jodoh sebab sudah tiba masanya untuk saya ada teman.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 50 tahun ini tidak menyangka bahawa doa yang dipohonnya itu membuahkan hasil dan dipertemukan dengan seseorang yang turut bekerja dalam industri hiburan.

Saya tak sangka dia hadir dalam hidup saya walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama. Tahun lalu ada yang cuba usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh saya katakan dia bukanlah selebriti.

Tambahnya lagi, dia bersama individu berkenaan sudah keluar berjumpa beberapa kali dan setakat ini hubungan mereka berjalan dengan baik.

Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja, InsyaAllah.

Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Aman Graseka, namun bercer4i pada tahun 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini Ashiqah yang kini berusia 25 tahun.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous article“Hebat ayah yang mendidik..” -Reaksi Budak Ni Dapat Basikal Baru Buat Ramai Tersentuh
Next articleSekolah Buat Ujian ‘Praktikal’ Perkahwinan, Pelajar Seronok Boleh Main ‘Kahwin-Kahwin’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here