Home Petua Tips Menakjubkan! Dinobat kostum terbaik… Wakil Malaysia iring 7 Puteri Ulek Mayang di...

Menakjubkan! Dinobat kostum terbaik… Wakil Malaysia iring 7 Puteri Ulek Mayang di pentas global

129
0

PADA 4 Disember 2021, satu segmen kostum kebangsaan bagi Miss Grand International 2021 telah diadakan di Bangkok, Thailand.

Pada tahun sebelumnya, Miss Grand International 2020, Jasebel Robert mewakili Malaysia pernah memuk4u penonton menerusi kostum diinspirasikan budaya Mak Yong sehingga tercalon sebagai 10 kostum terbaik oleh pihak juri.

Menurut Lishalliny, busana tersebut direka khas untuknya oleh Aldrin Grame.

Busana Malaysia inspirasi Ulek Mayang

Dikhabarkan seramai 61 wakil daripada pelbagai negara termasuk Malaysia telah menyertai pertandingan ratu cantik ini yang diadakan pada setiap tahun.

Bagi edisi 2021, Malaysia telah diwakili oleh gadis kelahiran Selangor, Lishalliny Kanaran yang tampil dengan kostum cukup memukau penonton.

Wanita berusia 24 tahun ini telah memperaga serta memperkenalkan keunikan kostum yang mempunyai kisah di sebalik persembahan Ulek Mayang berasal dari negeri Terengganu.

Lebih menarik, semasa beraksi di pentas, raut wajah Miss Grand Malaysia yang mesra disapa sebagai Lisha itu kelihatan cukup garang, sesuai dengan rekaan ‘7 puteri purba Ulek Mayang’.

Cukup mencabar bagi Lisha kerana terpaksa menampung busana dianggar seberat 50kg ini, rekaan khas oleh Aldrin Grame yang merupakan seorang pereka fesyen Sarawak.

Di Instagram, Lishalliny Kanaran berkongsi serba sedikit mengenai sejarah Ulek Mayang dan busana yang dipakai olehnya.

Cerita disebalik tema Ulek Mayang

Budaya ini pada asalnya merupakan sejenis tarian upacara penyembahan sebagai raw4tan tradisional seorang dukun ke atas nelayan setelah tidak sedarkan diri dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta terhadapnya.

Disebabkan mahu membawa pulang kembali roh nelayan tersebut, puteri laut telah menyeru lima lagi puteri lain merupakan saudaranya untuk melawan si bomoh sehingga tercetus sebuah pert4rungan antara mereka.

Pertarungan itu akhirnya terlerai apabila puteri sulung iaitu puteri ketujuh meleraikan perg4duhan dan memberi perintah agar kelompok berasal dari darat pulang ke tempat asal dan sementara itu puteri-puteri laut untuk pulang semula ke dunia mereka.

Kostum bertemakan Ulek Mayang membawa tuah kepada wakil Malaysia di Miss Grand International, Lishalliny Kanaran, apabila dinobatkan sebagai pemenang pakaian kebangsaan terbaik Sabtu lalu.

Juara kostum kebangsaan

Ketika nama Malaysia diumumkan, Lisha tampil penuh gah dengan kostum kebangsaan yang direka dengan ketinggian lebih dua kali ganda daripada dirinya sendiri.

Telah diakui ramai bahawa rekaan kostum Ulek Mayang ini merupakan salah satu kostum nasional terbaik pernah diperagakan wakil Malaysia ke pentas pertandingan ratu cantik.

Tidak menghampakan, Lishalliny menggunakan waktu dan pentas sebaik mungkin bersama mayang kepala yang ditepuk-tepuk pada pentas dengan penuh semangat.

Kemenangan itu juga menyaksikan Lisha berjaya menempatkan diri di kedudukan top 20.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleImej & Persembahan Seakan Adele, ‘All I Ask’ Adibah Noor Buat Penonton ‘Goosebumps’ – ‘Ini Baru Menyanyi!’
Next articleApa yang dit4kuti wanita ini jadi nyata, kali ke-3 dig1git sengkenit sampai dem4m! Puncanya masih mist3ri – “P4rut dig1git tahun lepas pun belum hilang”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here