Home Petua Tips “Meng4ku Terima L4maran Pernik4han,” Nora Bagi ‘Hint’ Siapa Lelaki Tersebut

“Meng4ku Terima L4maran Pernik4han,” Nora Bagi ‘Hint’ Siapa Lelaki Tersebut

50
0

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengakui, beliau ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang didakwa sebelum ini.

Nora, 48, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu, sebaliknya, menegaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau dan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu sudah bernikah di selatan Thailand.

Bahkan, di media sosial tersebar sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.

“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” akui beliau lagi.

Menurut Nora, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” jelas Nora.

Dalam masa sama, Nora juga memaklumkan, keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan turut sependapat sekiranya ada lelaki yang serius untuk memperisterikannya, elok sahaja dipertimbangkannya.

“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.

“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” kata Nora.

Nora mengahwini Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat ser4ngan j4ntung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

Terdahulu Pada malam Rabu, seorang pengguna akaun Twitter memuat naik status dan foto mengucapkan tahniah dengan mend.akwa Nora yang sudah bernikah dengan Annuar.

“Tahniah Annuar Musa kerana memiliki ‘Datuk’ yang istimewa. Dah berkepak kepak kabom. Patut garang bebenor sekarang. I like… hurmmm… Aummmm…,” tulis pemilik akaun berkenaan.

Bagaimanapun, anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman Johan tampil menjawab t.uduhan terbabit menerusi medium sama.

Men4fikan seker4s-ker4snya d4kwaan yang tular itu, Syakir menganggap perkongsian itu merupakan satu fitn4h jah4t terhadap ibunya.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa akhirnya tampil men.afikan d.akwaan kononnya dia sudah berkahwin dengan penyanyi Datuk Nora Ariffin seperti didakwa seorang pengguna Twitter pada malam Rabu.

Tenang berdepan g0sip li4r tersebut, Annuar berkata sebagai orang p0litik dia sering berdepan dengan pelbagai ftn4h dan s3r3ngan peribadi.

“MasyaAllah… saya beristighf4r sahaja, sebagai orang p0litik tak apalah kalau kawan-kawan nak fitn4h sikit-sikit tapi kalau melib4tkan orang lain kena jaga nama baik keluarga mereka.

“Orang yang disebut itu setahu saya daripada keluarga cukup terh0rmat, saya kenal sepenuhnya latar belakang mereka dan sebagainya.

“Kalau nak buat fitn4h, fitn4h saya seorang sudahlah… jangan k4itkan orang lain, orang itu ada keluarga, ” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : trending sgt

Previous articleAli Puteh puas hati bicara kes sam4n Nor Hidayah, dapat rasa ada sinar untuk keluarga – “Jangan menyebar fitn4h… dosanya sangat besar”
Next article“Selebriti ‘Tinggal’ Berpvak,” Tak Perlu Disuruh Netizen Syatilla Melvin Sendiri Jal4ni Sw4b Test Di Rumah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here