Home Petua Tips Moga jadi asbab masuk syurga! Lelaki ini sanggup basah kuyup alih dahan...

Moga jadi asbab masuk syurga! Lelaki ini sanggup basah kuyup alih dahan pokok tengah jalan… Netizen tak putus-putus doa kebaikkan

99
0

“Dia tak sweet, tapi daripada segi perbuatan dia sangat sweet,” tulis seorang isteri menerusi perkongsian sebuah video tular, baru-baru ini.

Rakaman tersebut menunjukkan seorang lelaki yang sanggup keluar dari keretanya, dan meredah hujan di tengah jalan bagi mengalihkan dahan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas.

Berkongsi cerita kepada mStar, isterinya, Alia Halim, memperincikan semula bagaimana suaminya sanggup basah kuyup hanya semata-mata untuk mengalihkan dahan tersebut.

“Kami baru balik dari penghantaran stok perniagaan kepada rakan niaga di TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Lepas selesai hantar tu kami terus balik ke Rawang. Kebetulan dalam perjalanan balik tu hujan lebat.

“Jalan sangat sesak waktu tu sebab dah pvkul5 petang. Orang berpusu-pusu balik kerja. Suami pun buka aplikasi Waze untuk tengok jalan mana tak sesak. Waze bawa kami lalu ke Jalan Loke Yew untuk elak traffic jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Masa kami dah dekat Jalan Loke Yew tu tiba-tiba nampak ada pokok tumbang dekat jalan. Mula-mula tu kami elak saja pokok tu tapi suami tanya saya boleh ke dia nak alih pokok tu sebab susah nanti orang lain nak lalu,” jelas wanita yang senang disapa Alia.

Wanita yang kini menetap di Rawang itu mengakui terh4ru dengan niat suaminya yang sanggup bersusah payah demi memudahkan pengguna jalan raya lain serta mengelakkan dari kemal4ngan kerana terl4nggar dahan pokok yang tumb4ng.

suami alih pokok tumbang 2

Alia (kanan) terharu dengan tindakan suaminya yang sanggup bersusah-payah demi keselamatan pengguna jalan raya.

Mengimbas kembali, Alia berkata, dia sendiri mengakui suaminya seorang yang suka menjaga alam sekitar serta mengalihkan barang atau sampah di tengah jalan sejak perkenalan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.

Jelas Alia yang berniaga makanan sejuk beku dan katering, suaminya, Wan Muhammad Hafizuddin, 34, sentiasa berfikir untuk mendahului orang lain sebelum diri sendiri ini

“Sebelum dia angkat pokok kayu tu memang trafik slow nak masuk situ sebab kereta nak elak kayu tu. Masa tu hujan lebat jadi tak ada siapa pun sanggup nak turun alihkan pokok tu.

“Bila suami cakap nak alih tu, saya suruh dia berhenti tepi jalan dan nasihatkan supaya berhati-hati. Dia alihkan dahan tu seorang diri ke tepi jalan. Suami saya basah kuyup.

“Sebelum ni, suami memang suka alihkan barang atas jalan atau sampah-sampah atas jalan. Sejak saya kahwin dengan dia baru saya belajar tentang menjaga alam sekitar. Dia juga selalu bagi laluan pada orang lain di simpang jalan kalau orang nak lalu kena tunggu lama,” katanya.

suami alih pokok tumbang 3

Suami Alia bertugas sebagai tukang masak.

Menurut Alia, sifat suaminya yang sentiasa memikirkan untuk mendahului orang lain sebelum diri sendiri ini membuatkan dia lebih j4tuh cinta dengan si suami.

Berikutan video yang menjadi tular, wanita ini tidak menyangka bahawa rakaman yang hanya ingin dijadikan kenangan ini menjadi tular sehingga ramai memuji tindakan suaminya.

Alia berkata, ini bukanlah kali pertama suaminya berbuat demikian, namun pada hari kejadian, dia sedang menggunakan telefon pintarnya sebelum merakam suaminya yang keluar dari kereta.

suami alih pokok tumbang 4

Antara komen netizen.

Justeru, dia berharap warganet dapat melihat sesuatu yang baik daripada video tersebut kerana percaya rakyat Malaysia begitu prihatin dan akan melakukan perkara sama dalam situasi itu.

“Saya terh4ru bila dia sanggup nak basah kuyup tu demi orang lain. Cuma dia akan tanya saya dulu boleh ke tak nak alih, kalau saya cakap ‘tak payahlah, bah4ya’, dia tak alih pun.

“Tapi haritu sebab pokok tu dah menghalang laluan kereta. Nak tak nak kena buat atas rasa tanggungjawab. Kasihan pengguna jalan raya lain nak lalu, terutama penunggang motosikal.

“Bila video tu viral, ramai yang mendoakan suami saya. Ada yang kecam kata kami berlakon, kami riy4k. Saya maafkan semua yang tsalah sangka pada kami. Cuma kasihan suami sebab dia tak tahu pun saya rakam. Saya memang random rakam dekat untuk letak dekat Instastory dan di TikTok untuk suka-suka saja,” kata Alia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: Mstar

Previous articleAmbil Kad Nikah Tapi Suami Tak Ikut, Wanita Ded4h Puncanya Yang Buat Netizen Turut Seb4k
Next articleAjak Anak Yatim & Tahfiz Terk1nja Atas Pentas Lepas Berbuka, Fedtri Yahya Tegur Segelintir Penyanyi – “Aib, Jaga Reputasi Mereka..”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here