Selepas lima hari bertarung nyawa, seorang gadis yang kemalangan selepas motosikal ditunggang terlanggar lembu melintas jalan di Batu 14, Jalan Ulu Sepetang-Redang Panjang di Taiping, Ahad lalu meninggal dunia.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa Nur Sabrina Mat Rowi disahkan menghembuskan nafas terakhir di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Taiping tengahari semalam.
“Seekor haiwan dipercayai lembu secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan mangsa gagal mengelak haiwan itu lalu terbabas ke tepi jalan selepas melanggarnya.
“Mangsa yang parah di kepala dan badan dikejarkan ke Hospital Taiping untuk rawatan, sebelum disahkan meningg4l dunia Jumaat lalu (semalam),” kata Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat.
Tambah Osman, mangsa berusia 20 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya di Kamunting menghala Batu Kurau ketika kejadian itu berlaku.
Ibu saudara Allahyarham turut berkongsi sebuah posting di laman Facebook yang terkejut setelah mendengar khabar berita tersebut.
Rosma Mohd berkata, beliau tidak menyangka kunjungan ke rumahnya pada sambutan Aidilfitri lalu adalah pertemuan terakhir mereka.
Masih muda, tapi dah pun dijemput illahi
Baru hari raya pertama hari tu Dikna sekeluarga datang beraya rumah mak ayah. Senyap je bila Kakwa tanya Dikna minum air dah? Dia angguk jer tak sangka terakhir tegur dia masa raya kat rumah mak ayah,” katanya.
Sumber : ohmymedia