Home Petua Tips “Muka Kak Lina Dah Ready Bagi Penumbuk,” Reaksi Elly Mazlein Ketika Dengar...

“Muka Kak Lina Dah Ready Bagi Penumbuk,” Reaksi Elly Mazlein Ketika Dengar Luahan Gadis Perampas Suami Orang Curi Perhatian Netizen!

51
0

“Perkahwinan merupakan sebuah perjudian”

Pastinya setiap wanita yang sudah bergelar isteri masih tersemat indah memori ketika dikhabarkan diri ini dipinang jejaka yang dicintai, alangkah girangnya rasa hati.

Bertambah berbunga-bunga lah hati tatkala mendengar lafaz akad nikah sang suami.

Siapa sahaja gerangan wanita yang meminta untuk memiliki sebuah rumah tangga yang tidak bahagia, mungkin pada awalnya semuanya indah belaka, namun mengapa bila datangnya ‘si dia’ semuanya punah.

Hadirnya insan ketiga dalam perkahwinan merupakan salah satu faktor terkuat pergaduhan dalam rumah tangga.

Hanya kerana buta dimewahkan dengan wang ringgit, ramai perampas yang tergolong daripada gadis-gadis bujang lebih rela bahagia di atas penderitaan wanita lain sehingga sanggup bersedudukan dengan suami orang.

Hal ini turut dikupas di dalam sebuah program perbincangan mengenai isu-isu rumah tangga yang mana tular pengakuan gadis muda ini mengenai dirinya yang sudah lima kali menjalin hubungan dengan suami orang.

Menyedari hal itu, pelakon Elly Mazlein meluahkan reaksi wajah yang amat marah, meskipun dirinya merupakan pengacara bagi program terbabit.

Memuat naik sedutan episod berkenaan, Elly Mazlein turut berkongsi video terbabit menerusi Instagram miliknya.


Rata-rata pengikut Elly Mazlein menyokong reaksi yang dipamerkan oleh dirinya itu adalah wajar kerana gadis berkenaan terlihat ‘bangga’ mempunyai jalinan asmara bersama suami orang meskipun menyedari perbuataan berkenaan amat ‘menjijikan’.

“Pergh nada bangga habis pompuan ni cakap mamat tu yang terkejar-kejar dia…konon tak pernah kisah kalau tanak kahwin pun tapi kalau suami orang ajak nikah siam nak jugak kan…jeling lagi kak lina jeling!”

Menerusi ruangan komen, Elly Mazlein yang pernah menghadapi penceraian bagi perkahwinan pertamanya dikatakan sudah pasti lebih tahu mengenai bagaimana perasaan para isteri.

Menerusi sumber sebuah laman portal, seorang wanita yang pernah dikaitkan sebagai individu ketiga itu pernah dikatakan menjalin hubungan dengan bekas suami Elly Mazlein dan didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pelakon ini.

Tidak menjadi titik tolak, setiap kehidupan berumah tangga pasti mempunyai ujiannya yang tersendiri, pelbagai faktor membuatkan suami isteri itu bertengkar dan kadang-kala jika tidak kuat menerima dugaan, penceraian menjadi salah satu pilihan terakhir untuk menghentikan perbalahan.

Walau bagaimanapun, dinasihatkan semua pihak di luar sana untuk tidak mencemarkan sesebuah insitusi kekeluargaan dengan melakukan perkara yang tidak senonoh dan boleh merobohkan ‘masjid’ yang telah dibina.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Elly Mazlein

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous article“Saya Percaya Semuanya Datang Tepat Pada Masa Dan Cara Paling Sempurna..” Luahan Nora Danish Sebagai Pes4kit C0vid
Next article[VIDEO] Petugas Kesihatan Kongsi Video Tak Dapat Cuti Raya, Netizen Ucap Terima Kasih Atas Pengorbanan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here