Home Petua Tips Nabila Huda Sanggup Potong Rambut Bahagian Depan Demi Watak Filem – “Rasa...

Nabila Huda Sanggup Potong Rambut Bahagian Depan Demi Watak Filem – “Rasa Pelik, Tapi…”

54
0

Kalau sudah namanya pelakon hebat, apa sahaja sanggup dilakukan untuk menjayakan sesuatu watak yang diberikan.

Pujian seperti ini boleh diberi kepada aktres Nabila Huda apabila dia sanggup memotong rambut bahagian depannya untuk menjayakan watak Maimon dalam filem Telaga Suriram.

Selain mengubah gaya rambut agak drastik, Nabila turut membiasakan diri untuk tidak bercakap dengan orang di sekitarnya bagi mendalami watak seorang ibu yang mengalami tr4uma.

“Saya ambil masa yang agak lama juga untuk buat keputusan nak potong rambut atau tidak. Sejujurnya, saya tidak pernah memotong gaya rambut macam ni.

Tetapi, saya boleh nampak Maimon dalam gaya sebegini. “Agak pelik jugalah apabila bangun tidur melihat bahagian depan rambut akan naik tercacak akibat terlalu pendek.

Tapi rambut kan boleh tumbuh semula?,” katanya yang turut membuang sambungan bulu matanya demi menjayakan watak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)


Antara pelakon lain yang turut membintangi filem Telaga Suriram termasuklah Maya Karin, Farid Kamil dan Scha Alyahya. Melanjutkan bicara, Nabila berkata, tawaran yang diberikan oleh pengarah Osman Ali bagi menjayakan watak seorang wanita b1su memang amat sukar untuk ditolak.

“Apabila saya ditawarkan untuk membintangi watak bernama Maimon yang bisu, saya memang nekad nak buat sebab saya rasa filem ini sesuatu yang luar biasa.

Komen Netizen:

“Dalam masa yang sama, saya juga sudah lama menantikan filem dengan watak seperti ini.

Sebab tu saya memang tak sabar nak tengok macam mana agaknya abang Osman mahu ‘b1sukan’ orang yang banyak cakap macam saya ni,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article“Terima kasih semua…” Intan Ladyana Perkenalkan Puteri sulungnya
Next articleLama Tak Jumpa, Acha Septriasa Dipuji ‘Profesional’ Zi4rah Irwansyah & Isteri – ‘Sempat Heart To Heart’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here