Home Petua Tips “Nak Habiskan Nyanyian, Lepas Tu Dapat Upah Chicken Chop,” – Pernah Masuk...

“Nak Habiskan Nyanyian, Lepas Tu Dapat Upah Chicken Chop,” – Pernah Masuk Bintang Kecil, Ramai Terhibur Lihat Telatah Comel Ernie Zakri

57
0

Penyanyi popular, Ernie Zakri mengenang kembali momen-momen sewaktu zaman kanak-kanaknya ketika dia menyertai program realiti nyanyian, Bintang Kecil satu ketika dahulu.

Menurut Ernie, pada ketika itu, dia telah pun dinobatkan selaku naib juara.

Pada konsert akhir, Ernie telah menyanyikan lagu Cuti-Cuti Malaysia dendangan asal penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Comel tak sayewwww @syamel_official . Masa ni minat sangat lagu Cuti-Cuti Malaysia @ctdk kebetulan tahun tu tahun Melawat Malaysia.

“Papa mama decided for me to sing this song, alhamdulillah dapatlah Naib Johan Bintang Kecil,” tulisnya di Instagram.

Tambah penyanyi lagu, Boneka ini lagi, dia sememangnya amat merindukan momen-momen tersebut kerana pada ketika itu, dia hanya memberikan sepenuh tumpuan terhadap dunia nyanyian.

Malah, isteri kepada penyanyi, Syamel ini turut tidak menolak jika anaknya ingin mengikut jejak langkahnya, satu hari nanti.

“Rindu waktu kecik, tak fikir apa apa. Tahu nak habiskan nyanyian lepas tu nak dapat upah dari Mama Papa, chicken chop.

“Kalau Khawla nak nyanyi, saya akan jadi manager dia. Macam Mama saya,” kongsinya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri


Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti terhibur dengan telatah comel Ernie selain turut menzahirkan rasa bangga melihat perjalanan karier seninya sehingga hari ini.

Sekadar informasi, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 Mac tahun lalu.

Terdahulu, pasangan ini baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama, Nur Khawla Soleha.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous articleNama Bell Ngasri Sinonim Bila Tiba Bulan Puasa, “Asal Tak Puasa Ja Letak Muka Saya”
Next article“Macam pakcik tunggu bini menyembang kat kenduri,” – Fattah Amin Setia Tunggu Fazura Berbual Dengan Peminat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here