Home Petua Tips Noor Nabila Kongsi Gambar Raya Seorang Diri, Netizen Tanya Mana Suami?

Noor Nabila Kongsi Gambar Raya Seorang Diri, Netizen Tanya Mana Suami?

57
0

Pasti ramai menantikan gambar keluarga baharu Noor Nabila bersama suaminya, Engku Emran sempena hari raya. Namun, tindakan Nabila berkongsikan gambarnya seorang diri mengundang persoalan netizen.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nabila ada memuat naik gambarnya berbaju kurung mengucapkan salam Aidilfitri buat semua pengikutnya.

BACA: Noor Nabila Titip Doa Sempena Hari Lahir Engku Aleesya

“Maafkan saya jika ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersinggung perasaan, terguris hati… semoga kita semua dalam redha Allah SWT. InsyaAllah,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen bertanyakan gambarnya bersama suami, Engku Emran memandangkan ini merupakan hari raya pertama mereka sebagai selepas bergelar suami ister pada 19 Mac lalu.

Malah, ada juga netizen yang meminta Nabila memuat naik gambar memakai busana raya sedondon dengan suaminya.

Terdahulu, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 19 Mac lalu. Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad namun bercerai pada Julai tahun lalu. Engku Emran juga bercerai dengan Laudya Cynthia Bella tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Previous article“Niat itu seperti surat… salah alamat pergi ke lain tempat” – Intan Saleh belum maafkan Izreen Azminda? –
Next articleTiga Bulan Berumahtangga, Menantu Dijemput Ilahi. Luahan Mertua Buat Netizen Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here