Orang tanya masa live, “adakah dia aunty yang anak Shuib cuba maksudkan”.. Ini jawapan DSV

Sebelum ini, usahawan k.osmetik terkenal Dato Seri Vida ada mengadakan sambutan hari lahir anak sulung pasangan itu iaitu Uwais Al Qarni kerana tidak dapat memenuhi jemputan sebelum ini. Perkara tersebut dikongsikan DS Vida menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya untuk tatapan peminat. Membahasakan dirinya sebagai Mama Vida, sedutan video tersebut memperlihatkan anak-anak Shuib begitu mesra dengan usahawan k.osmetik itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengikut media sosial DS Vida memuji sifat keibuan yang ditonjolkan dalam usaha menceriakan Uwais dan juga adik-adiknya yang lain. Ada juga komen-komen nakal yang berharap supaya Vida berjodohan dengan Shuib dan menjadi ibu kepada anak-anaknya. Tidak kurang juga yang mengusik supaya mendapatkan restu daripada anak DS Vida iaitu Cik B sebelum berjodohan dengan Shuib.

Mateen Tanya Mana Aunty

Pelawak popular, Shuib Sepahtu, 37, mengakui sedang mengenali seseorang, namun, hubungan belum tahap serius. Baginya, soal jodoh diserahkan kepada urusan Allah. Namun, enggan membuang masa, memandangkan usia bukan muda lagi.

“Saya takut wujud perbandingan yang sepatutnya tidak berlaku kerana arwah duduk dalam kelas yang tersendiri dan teratas. Orang baharu pula adalah buku baharu yang tidak boleh dibuat sebagai perbandingan. Jujurnya, saya sedang mengenali seseorang, namun, setakat kawan-kawan sahaja, hubungan tidak serius. Kali ini, perhubungan berbeza kerana saya bukan orang bujang yang tidak perlu fikir banyak perkara. Saya kini berstatus duda anak empat, jadi saya tidak mahu membuang masa. Saya lebih suka bersikap straight to the point jika kalau jumpa calon sesuai. Tetapi, jika tidak sesuai, kena cepat-cepat cari yang sesuai.

Banyak benda besar berlaku dalam hidup membuatkan saya semakin matang. Sekiranya wanita ini ingin mengenali saya, saya terpaksa gerak dahulu kerana tidak mahu membuang masa,” katanya. Ketika Live Ada Orang Komen Shuib Nak Kahwin ( Minit ke 13 )

Video:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiatime.me/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*