Home Petua Tips Pelanggan kongsi sotong restoran mamak berharga RM100, ramai persoal nak tayang resit...

Pelanggan kongsi sotong restoran mamak berharga RM100, ramai persoal nak tayang resit atau kereta?

110
0

BUKAN kali pertama harga makanan mahal di restoran disebarkan warganet di media sosial.

Jika sebelum ini pernah kec0h tentang harga kari kepala ikan dan sotong di restoran mamak, terbaharu seorang pelayar memuat naik resit makanannya yang terpampang harga seekor sotong goreng saiz besar berjumlah RM100.

“Sotong goreng RM100,” tulisnya, dipercayai pelanggan restoran itu pada satu ciapan di Twitter.

Menerusi perkongsian tersebut, dia juga memuat naik gambar resit makanannya yang keseluruhannya berharga RM108.30.

Selain sotong goreng yang berharga RM100, lauk lain yang diambilnya adalah sayur kobis dan telur masin, berserta nasi putih.

Berdasarkan butiran lokasi dan masa yang tertera pada resit, kejadian berlaku di Restoran Hameediyah, Lebuh Campbell, Pulau Pinang pada petang Isnin (7 Mac).

sotong 1

Perkongsian yang dipercayai dimuat naik oleh pelanggan restoran berkenaan.

Bagaimanapun di sebalik perkongsian berkenaan, kebanyakan netizen mempertikaikan motif sebenar pelayar berkenaan, memandangkan dia memuat naik resit tersebut di belakang but kereta yang jelas terpampang model kenderaannya.

“Yang penting ambil gambar bil sotong RM100 belakang lambang kereta Honda. Kau mampu kan? Bayar ajelah nak bising buat apa. Dah tau pi mamak penyakit dia jangan nak ambil sotong ke ketam. Kalau nak murah makan nasi lauk telur dadar dengan sayur ajelah, settle.

“Takpe… mampu bawa kereta ‘H’ confirm bayar sotong harga RM100 takde hal.

“Motif ambil gambar sebelah emblem H*nda C*vic Type R?” demikian antara komen netizen.

sotong 2

Seorang netizen mempertikaikan motif sebenar pelanggan berkenaan memuat naik resitnya.

Namun dalam masa yang sama, ada warganet yang menjelaskan bahawa harga sotong kebiasaannya lebih mahal berbanding lauk yang lain.

Malah mereka mencadangkan pengunjung restoran mamak agar bertanyakan harga sesuatu hidangan terlebih dahulu sebelum bertindak ‘berani’ tanpa usul periksa.

“Hameediyah memang mahal lagi-lagi sotong besar-besar tu. Kena tanya harga dulu baru ambil.

Yang penting ambil gambar bil sotong RM100 belakang lambang kereta Honda. Kau mampu kan? Bayar ajelah nak bising buat apa.

NETIZEN

“Nasi kandar kalau ambil sotong memang kena getah la. Better ambil ayam atau daging ja.

“Standard. Kambing pun RM200,” kata netizen yang lain pula.

Untuk rekod, sebelum ini pernah tular isu yang sama membabitkan harga sotong goreng di restoran sama.

Dalam posting itu, pelanggan wanita tersebut berkata, dia hanya memuat naik gambar resit dan makanan itu dalam kiriman Instagram dan tidak meletakkan sebarang kapsyen merujuk kepada harganya.

sotong 3

Antara komen warganet yang memberi maklum balas terhadap perkongsian berkenaan.

Pelanggan itu bagaimanapun berkata seorang individu telah berkongsi tangkap layar tersebut sebelum memuat naik di laman Facebook, malah individu itu turut menambah kapsyen yang menyebabkan berlakunya salah faham.

Isu berkenaan selesai selepas dia tampil memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Comelnya B4by Bvmp..” – Spekulasi Ham1l, Foto Intan Saleh Cur1 Perhatian
Next articleAaron Aziz Minta Netizen Henti Kongsi Video ‘A1b’ Kak Long – ‘Kasihan Anaknya, Nanti Nak Pergi Sekolah Malu…’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here