Perbuatan spontan tanpa dirancang yang mana seseorang melatah ini sering membuatkan orang di sekeliling mereka diusik. Apatah lagi bila tahu orang yang melatah ini mudah terkejut biarpun hanya dicuit sedikit.
Bukan sahaja orang biasa, malah ramai selebriti juga yang mudah termelatah dan sering menjadi bahan usikan. Ini termasuklah beberapa selebriti seperti Syazwan Zulkifly, Noorkhiriah, Amy Mastura dan ramai lagi.
Malah baru-baru ini satu video yang memaparkan Asmidar dan Zizi Kirana diusik hingga termelatah telah mencuri perhatian ramai. Dalam rakaman tersebut kedua-dua penyanyi ini dilihat menjadi usikan rakan di sekeliling hingga membuatkan kedua-duanya termelatah.
Berikut adalah rakaman Asmidar dan Zizi Kirana diusik hingga termelatah yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun fitri_hiswady:
Perkongsian rakaman Asmidar dan Zizi Kirana diusik hingga termelatah ini telah meraih lebih 170 ribu tontonan dan 8 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur dan tidak sangka kedua-dua penyanyi ini juga melatah. Berikut antara reaksi ramai mengenai perkongsian rakaman ini:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.applehijau.com/