Home Petua Tips Pemuda cu4k seorang je dalam bas nak balik Kedah dari KL… terimbas...

Pemuda cu4k seorang je dalam bas nak balik Kedah dari KL… terimbas detik ‘kena jual di Siam’, rasa macam anak VIP pun ada juga!

63
0

KEC0H mengenai seorang pemuda yang menjadi satu-satunya penumpang menaiki bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Kedah.

Ia susulan perkongsian satu video menunjukkan dirinya keseorangan di dalam sebuah bas.

“Seriuslah dia hantar aku seorang je? Aku pula rasa serba salah,” demikian antara keterangan video yang kini tular di media sosial sehingga menimbulkan pelbagai reaksi netizen.

Berkongsi pengalaman, pemuda itu, Muhammad Firdaus Mohd Nor berkata, dia menaiki bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Anak muda berusia 26 tahun itu mengakui dia merupakan satu-satunya penumpang sebaik membeli tiket bas ekspres bagi perjalanan ke kampungnya di Kuala Ketil, Kedah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya ambil cuti kecem4san kerana ibu saudara men1ngg4l dvnia. Disebabkan saat akhir, saya tak dapat booked secara online dan perlu ke kaunter di TBS untuk membeli tiket bas.

“Masa di kaunter untuk pilih seat, memang tiada penumpang lain. Saya tiba kira-kira 15 minit sebelum bas dijadualkan bertolak pada pukul 10.30 pagi,” katanya kepada mStar.

seorang dalam bas 5

Reaksi Firdaus ketika menunggu bas untuk memulakan perjalanan.

Tekaannya tepat kerana sebaik menaiki bas berkenaan di platform hanya dia seorang yang berada di dalam kenderaan tersebut.

“Terdetik dalam hati, eh biar betul saya seorang ni? Takkan driver nak bawa bas semata-mata nak hantar saya seorang ke Kedah?

“Bas belum bergerak dan driver tu berjalan mundar-mandir ke sana ke sini sambil bercakap menggunakan telefon. Apa yang berlaku sebenarnya,” ujarnya yang berasal dari Kuala Ketil.

seorang dalam bas 1

Firdaus pulang ke kampung pada saat akhir atas urusan keluarga.

Bersangka baik, anak bongsu daripada enam beradik itu menunggu selama 20 minit sebelum memberanikan diri menegur pemandu bas kerana tersasar dari jadual yang ditetapkan.

“Saya tanya ‘Saya seorang je ke bang?’. Driver tu barulah menjawab minta saya tunggu ke jadual berikutnya pada pukul 11.30 pagi.

Terdetik dalam hati, eh biar betul saya seorang ni? Takkan driver nak bawa bas semata-mata nak hantar saya seorang ke Kedah?

MUHAMMAD FIRDAUS MOHD NOR

“Saya tak kisah menunggu asalkan bas boleh bergerak. Selepas menunggu selama sejam, barulah ada tujuh lagi penumpang iaitu empat dewasa dan tiga kanak-kanak masuk ke dalam bas sebelum bas memulakan perjalanan,” katanya.

Hanya lapan penumpang yang menaiki bas berkenaan, Firdaus memaklumkan dia selamat tiba di Kuala Ketil pada kira-kira pukul 6 petang.

“Saya sebelum ini balik kampung naik bas masa hujung minggu, jadi ramai orang. Ini first time saya balik pada hari bekerja, itu yang mungkin tak ramai orang,” tambahnya.

seorang dalam bas 2

Firdaus mengimbas kembali insiden menaiki bas ketika bergelar pelajar UMT.

Firdaus yang bertugas di sebuah syarikat kurier berkata, ia bukan kejadian pertama dia menaiki bas dengan jumlah penumpang sedikit kerana pernah mengalaminya sewaktu belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu, pada 2018.

“Masa tu ada urusan di Kuala Lumpur dan nak balik naik bas ke UMT pada pukul 10 malam. Hanya ada tiga penumpang termasuk saya.

“Tiba-tiba saya dikejutkan dari tidur dalam bas ketika di tengah perjalanan. Kami diminta untuk turun dari bas dan menaiki sebuah MPV (kenderaan pelbagai guna) Toyota Alphard.

“Memang cu4k sebab masih tengah mamai, tiba-tiba kena suruh masuk dalam kereta. Ris4u juga, mulanya sangka kami kena jual kat Siam,” katanya berkongsi detik cem4s.

Firdaus yang kini mencari peluang dalam suara latar (VO) berkata, perasaan cemas mulai hilang apabila perjalanan mereka menaiki MPV semakin hampir ke destinasi, awal pagi.

“Saya adalah penumpang terakhir yang dihantar. Dari mula-mula rasa cuak, saya rasa macam anak Tan Sri bila dihantar guna Alphard terus sampai ke kolej (asrama),” ujarnya secara berseloroh

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : Mstar

Previous article“Macam Jejak Kasih Dah…”- Selepas 20 Tahun, Azah Men4ngis Balik Malaysia Jumpa Abang
Next article“Sebelum Doktor P0tong Tu, Dia Bius Dulu,” – Baru Usia Sebulan, ‘Baby Boy’ Tasha Manshahar Selamat Berkh4tan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here