Home Petua Tips Pengantin lelaki sanggup bau asap masak untuk isteri di majlis kahwin –...

Pengantin lelaki sanggup bau asap masak untuk isteri di majlis kahwin – “Dia makan char kuey teow saya saja”

81
0

DARI gerai ke jenjang pelamin.

Begitulah kisah perkenalan seorang pelanggan dengan pengusaha gerai char kuey teow yang selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu.

Pada Sabtu malam, Muhammad Fahmi Syafiq Rohaimi, 26, dan Nur Shalini Zufri, 29, sekali lagi diraikan dalam sebuah majlis di kediaman pengantin lelaki di Batu 4, Klang, Selangor.

Dalam majlis tersebut, pengantin lelaki yang segak menggayakan busana rona merah turut memasak char kuey teow di hadapan tetamu, khusus buat isterinya yang juga penggemar hidangan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya mula berniaga di Setia Alam pada tahun 2017. Pada tahun sama, saya berkenalan dengan isteri. Masa tu kami tak kenal antara satu sama lain, dia datang sebagai pelanggan dan jatuh hati dengan masakan saya.

“Bermula sebagai pelanggan, kami kemudiannya mula bertegur di Instagram. Selepas itu kami mula berkawan rapat. Disebabkan itu, famili bagi idea untuk buat kelainan supaya saya masak char kuey teow dalam majlis ini.

“Saya masak khusus untuk isteri sebab dia sangat suka char kuey teow. Dia memang makan char kuey teow saya saja. Ketika memasak dalam majlis itu, saya dah tak fikir sekiranya baju pengantin berbau asap. Saya cuma nak gembirakan tetamu,” ujarnya.

fahmi2

Fahmi sebelum ini mengusahakan gerai sendiri di Setia Alam.

Mesra disapa Fahmi, dia bersyukur majlis itu berjalan lancar dan meriah biarpun kawasan mereka turut terkesan dek bencana banjir, beberapa hari sebelum itu.

Kata Fahmi, dia sekeluarga turut risau memikirkan majlis tersebut, namun mujurlah semuanya telah berakhir dan ia dapat dijalankan sebagaimana yang telah dirancang.

Memang rasa terkilan bila ia ditutup. Bukan senang nak bina. Tapi saya terima ujian ini.

FAHMI

“Kami baru lepas bencana banjir. Rumah kami air naik paras buku lali saja. Tapi kawasan sekitar khususnya di belakang, air naik agak tinggi.

“Ketika itu kami risau, tak ada kata putus untuk teruskan majlis. Banjir agak tervk walaupun kediaman kami tak terjejas.

“Namun Alhamdulillah, majlis dapat dijalankan mengikut yang kami dah rancang. Selain menu biasa, tetamu juga dihidangkan dengan menu istimewa char kuey teow,” ujarnya lagi.

fahmi3

Pasangan ini disatukan pada 10 Oktober lalu.

Dalam pada itu, Fahmi mendedahkan perniagaan gerai Lanun Char Kuey Teow miliknya telah dihentikan operasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu.

Menurut Fahmi yang kini bertugas di sebuah hospital swasta, dia ada perancangan untuk kembali berniaga suatu hari nanti memandangkan juadah tersebut mempunyai peminatnya yang tersendiri.

“Sebenarnya kami tutup sekejap disebabkan PKP. Sekarang saya pun ada ada kerja lain. InsyaAllah akan comeback suatu hari nanti. Mungkin setahun atau dua tahun lagi.

fahmi4

Pengantin bersama ahli keluarga dalam majlis pada Sabtu.

“Sampai sekarang masih ada pelanggan yang cari. Ada yang mengandung dan mengidam nak makan char kuey teow yang saya masak. Sekarang, saya hanya buat char kuey teow jika ada permintaan untuk kenduri atau rumah terbuka. Ikut kelapangan masa.

“Dulu saya pilih untuk berniaga sebab saya suka lepak malam. Saya fikir, daripada melepak tak tentu hala, lebih baik saya cari duit dan berniaga pada waktu malam. Alhamdulillah, ketika itu saya ada dua cawangan di Setia Alam.

“Memang rasa terkilan bila ia ditutup. Bukan senang nak bina. Tapi saya terima ujian ini, InsyaAllah ada rezeki saya akan berniaga gerai macam dulu lagi,” ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Video Fahmi yang sedang memasak char kuey teow ketika kenduri turut dikongsi ke aplikasi TikTok oleh abangnya, Fikri Syafiq, 29, sehingga menerima hampir 30,000 tontonan.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articleWarga emas menangis tanda berterima kasih bersihkan rumah
Next article“Saya Tak Pernah Buat Sebelum Ini,” – Hamil Anak Sulung, Ernie Zakri Tak Dapat Tahan Diri Kunyah Ais

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here