Home Petua Tips “Peny4kit itu masih ada,” – Zamani Slam nek4d tah4n s4kit demi konsert

“Peny4kit itu masih ada,” – Zamani Slam nek4d tah4n s4kit demi konsert

74
0

Meskipun berdepan mas4lah kesihatan dikenali sebagai sk0lios1s atau tulang belakang melengkung, vokalis kumpulan Slam yang popular pada era 1990-an, Zamani nekad menjayakan Konsert Slam Mentari Muncul Lagi, Februari tahun depan.

Biarpun belum pulih sepenuhnya, Zamani atau nama sebenar, Zamani Ibrahim, 50, yakin mampu menjayakan persembahan itu dan menghiburkan peminat yang ternanti-nanti konsert yang sudah setahun tertangguh.

“Peny4kit itu masih ada. Disebabkan keadaan ini membabitkan saraf dan jika terkepit, kes4kitan masih dapat dirasai. Keadaan itu pasti mengganggu saya untuk membuat persembahan.

“Namun, saya tidak mahu menjadikan kesakitan itu sebagai alasan Saya bersyukur kerana ada pihak yang bermurah hati memberikan saya katil yang boleh membantu merawat peny4kit ini dan keadaan sekarang semakin beransur pvlih.

“Sekarang saya menjalani rawatan tradisional sebagai alternatif. Insya-Allah dalam tempoh tiga bulan menjelang konsert ini, saya mampu untuk beraksi dan mempunyai stamina yang ampuh untuk beraksi dua jam,” katanya pada sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara, baru-baru ini.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Konsert Slam Mentari Muncul Lagi, Shirazdeen Karim berjanji membantu penyanyi yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu dalam segala aspek demi kelancaran acara.

“Sebagai penganjur, kami ambil berat keperluan artis. Ketika menganjurkan konsert untuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, saya sediakan guru vokal melatihnya,” katanya.

Shirazdeen (kiri), Zamani, Shah dan Eddie pada sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi di KLCC, baru-baru ini.

Shirazdeen berkata, kerjasama dengan Slam bermula selepas mereka menandatangani kontrak menjayakan konsert itu.

“Justeru, kami akan bantu Zamani dalam segala sudut termasuk memastikan tahap kesihatan dan stamina berada dalam keadaan baik.

“Ini penting kerana kami mahu memberikan hiburan terbaik kepada penonton,” katanya.

Sementara itu, Zamani mended4hkan pernah kec3wa hingga memutuskan tidak mahu menyanyi lagi apabila album pertama Slam g4gal mendapat sambutan memberangsangkan, ketika dilancarkan pada 1994.

Biarpun album yang mempertaruhkan dua lagu hit iaitu Malam dan Semalam serta Buat Seorang Kekasih terjual 40,000 unit, namun, ketika itu, angka berkenaan masih dianggap g4gal.

“Selepas kec3wa dengan nasib menimpa Slam, saya mencari punca rezeki lain dengan bekerja di sebuah syarikat penerbitan.

“Bagaimanapun, pihak pengurusan ketika itu memujuk dan memberi kata-kata semangat agar saya meneruskan bidang nyanyian.

“Mereka yakin Slam pasti menyerlah seperti kumpulan lain, suatu hari nanti.

“Slam kemudian tampil dengan album kedua, Kesan Terbukti. Alhamdulillah, album itu berjaya menaikkan nama kami,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleKetangkasan Penjaga Gol KL City Cvri Perhatian Ramai, Pengikut IG Naik Mend4dak
Next articleBibik Minta Gaji Naik RM1200 Sekali Ini Reaksi Majikannya, Sikap Pemurah Majikan Dipuji Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here