Home Petua Tips Pergi kursus tapi jumpa jodoh, pemuda ini bahagia nikahi wanita di Amerika!...

Pergi kursus tapi jumpa jodoh, pemuda ini bahagia nikahi wanita di Amerika! Dulu semua mak buat, kini sate pun masak sendiri

113
0

KALAU dah jodoh, pasti tak kemana.

Begitu jugalah kisah pertemuan jejaka Malaysia, Huzaifah Baharuddin dengan isterinya, Samantha Baharuddin, di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2017.

Anak jati Taiping, Perak itu mula berkenalan dengan isterinya ketika dia mengikuti kursus selama dua bulan di Omaha, Nebraska sebelum beralih ke fasa serius dan disatukan secara sah pada Mei tahun lalu.

“Asalnya pada 2017, saya datang ke AS untuk kursus selama dua bulan. Saya ikuti kursus di sebuah universiti di Omaha. Isteri saya merupakan salah seorang wakil pelajar yang jaga kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sejak detik itu kami mula berkawan. Kemudian pada 2018, dia pula datang ikuti pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) selama enam bulan. Sudah beberapa kali dia datang ke Malaysia dan bertemu keluarga saya.

“Sejak kunjungan pertama ke AS pada 2017, saya juga ada berkunjung ke AS sebanyak dua kali. Akhirnya, selepas bernikah, saya pilih untuk menetap di sana. Kehidupan sekarang baik-baik saja, cuma jauh dari keselesaan Malaysia,” ujarnya yang berusia 30 tahun, sebaya dengan isterinya.

Tambah jejaka itu, keluarga dan rakan-rakannya di Malaysia juga tidak dapat hadir ketika pernikahannya di negara itu berikutan penutupan sempadan negara ketika pandemik c0v1d-19 melanda.

Dalam pada itu, dia yang senang disapa Jai menjelaskan kehidupannya di sana jauh berbeza dengan situasi yang biasa dilaluinya di tanah air tercinta.

jai4

Jai mengikuti kursus di AS selama dua bulan pada tahun 2017.

Selain rindu pada keluarga dan rakan taulan, dia juga mula belajar memasak kerana bosan saban hari terpaksa menjamah hidangan berasaskan negara itu.

Asean market pun ada di sini, tapi tak semua barang ada dijual. Jadi, ada beberapa barang makanan, saya perlu beli menerusi Amazon atau eBay.

Saya rindu nak lepak kedai mamak dengan kawan-kawan. Rindu makanan-makanan Malaysia.

JAI

“Kalau kat Malaysia, saya tak pernah memasak. Tak reti langsung. Tapi bila datang sini, saya mula belajar memasak. Saya jadikan Che Nom (YouTuber masakan) dan Khairul Aming sebagai rujukan.

“Kalau tak masak, saya akan makan benda sama seperti spaghetti, pizza dan burger. Antara yang saya pernah buat sendiri termasuklah sate, cucur dan kuih semperit.

“Tapi yang paling banyak saya buat merupakan sagu gula Melaka. Ramai kawan kat sini suka hidangan itu. Dulu kat Malaysia, semua mak buat,” ujarnya berselor0h.

jai2

Isteri Jai juga pernah belajar di Upsi selama enam bulan pada tahun 2018.

Dalam pada itu, Jai yang kini bekerja dalam bidang penulisan turut berkongsi video kehidupannya di negara itu menerusi aplikasi TikTok.

Tuah menyebelahi Jai apabila ramai rakyat Malaysia mula mengikuti akaun miliknya sehingga video yang dikongsi meraih ribuan tontonan.

Paling mendapat perhatian tentunya video memaparkan Jai membuat ulasan harga barangan dan kos makanan di AS yang mana ia menerima lebih 800,000 tontonan.

“Ketika kongsi video, saya tak jangka apa-apa pun. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Ramai pula yang masuk dan bandingkan dengan harga di Malaysia. Saya tiada niat nak banding-bandingkan.

“Antara soalan yang paling banyak diterima, mereka tanya cara nak kahwin dengan orang AS. Ada juga yang tanya proses untuk bekerja di sini.

jai3

Jai kini mula belajar memasak kerana sukar mendapatkan makanan Malaysia di sana.

“Selain itu, ramai juga yang tanya sekiranya saya berd4rah campuran. Mak saya berketurunan Cina dan India, manakala ayah saya orang Melayu,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Menurut Jai, dia merancang untuk kembali ke Malaysia pada tahun ini untuk menyelesaikan beberapa urusan yang masih tergendala.

“Sekarang kami relax dulu, masih berdua. Cuma nanti nak balik Malaysia, selesaikan apa yang patut. Walaupun dah beberapa kali isteri jumpa keluarga saya di Malaysia sebelum ini, tapi sejak kahwin kami belum balik lagi.

“Paling rindu tentunya suasana di Malaysia. Saya rindu nak lepak kedai mamak dengan kawan-kawan. Rindu makanan-makanan Malaysia,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous article“Moga Allah Mudahkan Rutin Baru…,” – Neelofa
Next articleSelama Ni Kita Tengok Dia Melawak Je.. Sekali Dia Serius, Semua Tergamam Dengar Joey Daud Menyanyi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here