Home Petua Tips Perkembangan Terkini Ustaz Kazim Elias Setelah Jalani MRI, Ultrasound

Perkembangan Terkini Ustaz Kazim Elias Setelah Jalani MRI, Ultrasound

278
0

IPOH: Pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias selesai menjalani prosedur Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound sebaik dimasukkan ke hospital di sini, hari ini.

Pegawai Khasnya, Jasmin Mastan, berkata penceramah itu dimasukkan semula ke wad di hospital swasta di sini tengah hari tadi bagi membuat pemeriksaan lanjut.

“Perkembangan terkini sekarang, beliau sudahpun selesai menjalani dua prosedur, iaitu MRI dan ultrasound.

“Setakat ini tiada lagi laporan daripada pihak doktor mengenai apa sebenarnya masalah kesihatan dihadapi beliau,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jasmin berkata, pihaknya mewakili Mohd Kazim dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan.

“Saya dengan rendah diri memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan baik kepada beliau,” katanya.

Sebelum ini NSTP melaporkan, Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berada dalam keadaan kurang sihat.

Beliau dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital swasta di sini 2.30 petang Ahad lalu untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengalami sakit belikat dan pinggang serta kembung perut sejak dua minggu lalu.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Berita Harian

Previous articlePengasas Kicap Cap Kipas Udang Menlnggal Dunia Hari Ini,Usia Cecah 100 Tahun
Next articleKena Gempur Lagi, Terkini Premis Warga Asing Digempur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here