Pilot wanita sanggup sertai misi selamatkan pelajar dari negara berg0lak

SANGGUP menyertai Operasi Gangga.

Pilot Air India Kapten Shivani Kalra dipuji kerana keberaniannya menempuh kawasan berg0lak di Ukraine demi membantu mengeluarkan pelajar India dari sana.

Malah panggilan operasi dibuat ketika dia dan keluarga sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan abangnya.

Berkongsi pengalaman di Instagram miliknya, Kalra berkata, pasukannya tiba di destinasi di mana pelajar sedang menanti kedatangan mereka.

“Muka ketakutan mereka kembali tersenyum. Kami mengambil dan memastikan mereka sampai ke rumah dengan selamat.

“Pada hari tersebut, seramai 249 pelajar India dibawa keluar dari Budapest, Rom.

“Apabila kami tiba di Delhi, semua orang yang hadir menepuk tangan dan keluarga menyambut saya dengan gembira. Saya rasa bersemangat dan bangga.

“Keluarga saya paling kuat bersorak dan menyatakan ‘shabash’ (tahniah),” ujarnya.

Tambah beliau, penerbangan seterusnya adalah ke Bucharest di Hungary. – India Times

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*