Home Petua Tips Popular sekelip mata sampai artis pun teruja… guru ded4h di sebalik keceriaannya,...

Popular sekelip mata sampai artis pun teruja… guru ded4h di sebalik keceriaannya, Rupa-rupanya Wartawan Cilik Ini Hid4p Penyak1t

49
0

KEPETAHAN wartawan cilik dalam membuat liputan mengenai penemuan ular sawa ketika membersihkan kawasan masjid di kampungnya di Sungai Petani, Kedah telah mendapat liputan meluas baru-baru ini.

Lagak seperti seorang wartawan, Muhammad Haziq Mohd Asyraf dengan aksi bersahaja yang diselang seli dengan slanga utara membuat tinjauan di Pasar Pagi Bukit Selambau turut mencuit hati apabila dia selamba memperkenalkan ibunya dengan gelaran datin.

Selain netizen, keletah menghiburkan Haziq turut mendapat perhatian dan pujian selebriti tempatan seperti Tiz Zaqyah, Fahrin Ahmad, Mustaqim Bahadon dan Aniq Suhair.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Power adik ni. Kita pun tak pandai nak cakap ayat panjang-panjang macam ni details, lancar je.

“Terbaik, kecil-kecil dah tahu struktur melapor. Ada nama, ada lokasi, ada struktur cerita, menamakan pihak yang turut terlibat…. ada jiwa. Penggunaan perkataan dan bahasa laporan yang hampir sempurna dan hand held shot yang buat penonton excited dan cemas sama. Bakat macam ni harus digilap. Teruskan melapor semoga terus berjaya!” demikian antara komen yang ditinggalkan pada video tersebut.

Menurut guru yang mengajar Haziq di Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau, Muhammad Islakh Abdul Kadir, 35, dia telah mengajar kelas kanak-kanak yang bercita-cita untuk bergelar seorang cef dan wartawan itu sejak darjah tiga lagi.

Haziq bersama guru Bahasa Inggerisnya, Cikgu Islakh.

Jelas guru bahasa Inggeris itu, anak peniaga sayur itu adalah antara muridnya yang berbakat besar dan percaya Haziq boleh pergi jauh jika lebih banyak perhatian diberikan kepadanya.

Namun selain kepetahan Haziq yang pandai berceloteh dan bersahaja di depan kamera ini, ada 10 fakta menarik mengenai murid tahun enam ini, antaranya:

1. Anak sulung daripada dua beradik ini seorang yang peramah dan suka mengvsik guru-guru serta rakan-rakan di sekolah.

2. Seorang yang kreatif dalam mengulas sesuatu perkara secara spontan.

3. Bijak dalam semua mata pelajaran di sekolah.

4. Pandai menyesuaikan diri di dalam kelas walaupun banyak saingan di kelas pertama.

5. Seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang pandai memasak pelbagai jenis kek dan kuih muih tradisional seperti bahulu.

6. Selalu membawa kek ke sekolah untuk cikgu dan rakan-rakan untuk sama-sama merasai air tangannya.

7. Ibu bapa menyokong minat Haziq dalam bidang masakan dengan menyediakan segala peralatan memasak, selain dikongsi di Facebook milik ibunya.

8. Meminati penyanyi dan pelakon, Nabila Razali.

9. Video secara langsung penemuan ular oleh Haziq yang dimuat naik pemilik Facebook Putra Mar sehingga kini meraih kira-kira 1.1 juta tontonan.

10. Di sebalik perwatakan kanak-kanak yang ceria, Haziq bagaimanapun akan diam di sekolah jika kesihatannya terganggu. Ini kerana dia menghidap peny4kit talas3mia dan perlu menjalani r4watan secara berkala.

Komen netizen:

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.malaysiarepoter.com/

Previous article“Hati-Hati Bila Berkata, Kita Sendiri Ada Keluarga,” – Ernie Zakri
Next articleSiti Badriah Tawar Hadiah Wang Tunai RM3,000 Teka Jantlna Bayi Dalam Kandungan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here