Home Petua Tips Pos1si Kek 5 Tingkat Uqasha Dan Kamal J4di Bu4lan, Ris4u Pengantin Term4suk...

Pos1si Kek 5 Tingkat Uqasha Dan Kamal J4di Bu4lan, Ris4u Pengantin Term4suk Kol4m

81
0

Semalam dunia hiburan kec0h apabila pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengumumkan telah pun selamat bernikah kira-kira sebulan yang lalu iaitu pada tanggal 5 November 2021. Majlis tersebut diadakan secara tertutup, cuma dihadiri oleh 100 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada keluarga dan juga sahabat handai.

Menerusi portal Gempak, acara tersebut bermula sekitar jam 7.30 pagi dan tetamu disajikan dengan sarapan ringkas sebelum dihidangkan dengan nasi minyak.

Selain itu, lokasi majlis tersebut yang bertempat di Janda Baik turut menjadi tarikan apabila dihias sesuai dengan tema ‘garden wedding’ dipenuhi jambangan bunga matahari pilihan daripada Uqasha sendiri.

Dalam pada itu, pasangan mempelai dua sejoli tersebut turut mengadakan sesi memotong kek setinggi 5 tingkat di tepi sebuah kolam.

Masing-masing dilihat mengenakan persalinan songket berwarna ungu yang diinspirasikan daripada kisah ‘Cik Siti Wan Kembang’ hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Video:

Dekat sangat dengan kolam tu, risau tersalah langkah ke belakang…Diorang dah lama rancang, kita yang lalai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan dekorasi cantik yang terdapat dalam majlis tersebut. Walau bagaimanapun, ramai mengakui risau menyaksikan sesi pemotongan kek kerana pengantin berdiri terlalu dekat dengan kolam belakang mereka.

Komen Netizen:

Sumber:Portal Gempak, TikTok kingfia_lopeh, Instagram kamaluqasha.2kashalover.2

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.dnq.pw/

Previous article“Mak balik jadi jen4zah” – Lega permintaan ibu sempat ditunaikan tapi sambutan hari lahir h4mbar, kejvtan tak kesampaian… C0vldl9 r4gut semuanya!
Next articleTarget 18 bulan… Pengusaha butik akhirnya kumpul emas sama nilai sebuah kereta, tapi bikin kec0h pakai rantai tangan hampir setengah kilo!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here