Home Petua Tips Aktor Lagenda Bollywood Rishi Kapoor Pula Meningg4l Dunia

Aktor Lagenda Bollywood Rishi Kapoor Pula Meningg4l Dunia

420
0

New Delhi: Legenda Bollywood, Rishi Kapoor meningg4l dunia akibat k4nser, di sebuah hospital di Mumbai, pagi semalam.

Pelakon filem Bobby, yang berusia 67 tahun sebelum itu dibawa ke hospital berkenaan oleh ahli keluarganya selepas keadaan kesihatannya semakin merosot.

Khaleej Times melaporkan Rishi sebelum ini kembali ke India, tahun ini, selepas menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat, selama setahun.

Pada Februari lalu, beliau turut dimasukkan ke hospital akibat demam viral, tetapi didiscaj tidak lama kemudian.

Pelakon itu dilihat sudah tidak aktif di Twitter sejak 2 April lalu.

Beliau sebelum ini mengumumkan akan kembali ke lokasi penggambaran filem terbaharu adaptasi dari filem Hollywood, ‘The Intern’, bersama Deepika Padukone.

Dalam pada itu, rakan baiknya, Amitabh Bachchan menerusi Twitter berkata, “Dia sudah tiada, Rishi Kapoor sudah meningg4l dunia, saya amat dukacita.”

Sumber hmetro

Previous articleLew Yun Pau, Dari Anak Cina Yg Mencari Tuhan Kpd Ebit Irawan, Jutawan Beriman Yg Pemurah
Next article[Video] MEMALUKAN! PATI Dedahkan Pintu Masuk Malaysia Boleh ‘DIBAYAR’ Dgn Ringgit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here