Home Petua Tips Puteri Sarah Nak Dua Anak Teroka Dunia, Pasang Niat Hantar Belajar Luar...

Puteri Sarah Nak Dua Anak Teroka Dunia, Pasang Niat Hantar Belajar Luar Negara – ‘Jangan Malukan Nama Mama Okey’

106
0

Umum tahu, pelakon Puteri Sarah dan dua anaknya bercuti di Turki selepas dari menunaikan umrah sejak 21 April lalu.

Rancang masa depan

Menerusi Instagram Stories, Puteri Sarah memaklumkan kehadiran dia ke sana bukan sekadar untuk melancong.

Dalam masa sama, aktres berumur 37 tahun ini memasang impian untuk menghantar putera sulungnya iaitu Syaikhul Islam menyambung pelajaran di Turki manakala anak perempuannya, Sumayyah pula menjadi doktor yang belajar di Egypt.

Dari sekarang, simpan angan-angan nak Syaikhul belajar dekat Turki. Sumayyah jadi doktor belajar dekat Egypt. Jadi, mulai sekarang kena terapkan bahasa Arab untuk mereka.

Datang Turki ni sambil-sambil temu bual pelajar kat sini ambil subjek apa, persediaan semua, kena mula dari sekarang. Tak salah nak sasarkan dari sekarang.

Jadi, boleh sediakan siap-siap anak-anak kena belajar apa supaya jadi orang berguna satu hari nanti.

Buat mama bangga

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut menitipkan pesanan agar dua anaknya itu sentiasa menjaga nama baik keluarga selain tidak menyusahkan ibu bapa.

Isteri kepada pengarah terkenal iaitu Syamsul Yusuf menginginkan anak-anaknya pergi merantau dan pulang dengan penuh ilmu di dada.

Jangan menyusahkan mama, ayah dan jangan malukan nanti nama mama okey Syaikhul dan Sumayyah. Buat saya bangga dengan belajar bersungguh-sungguh.

Jadi somebody nanti Insya-Allah dan sebagai ibu bapa, kami cuba didik dan susun semua yang terbaik untuk anak-anak dari kecil lagi.

Tak nak nanti anak dah besar panjang jadi tak guna, kita dapat malu. Apa-apa pun, berjaya dalam pelajaran, pergi terokai dunia dan balik dengan sesuatu.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: oh bulan

Previous article“Gitu Je Macam Panggil Member,” – Gelagat Fahri Panggil Dayah Bakar Buat Ramai Terhibur
Next article“Best Tengok Diorang Ni, Setia Je,” – Izzue Islam Syukur Dapat Beli Rumah Idaman, Ramai Tumpang Happy!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here