Home Petua Tips Rakan-rakan sering kata ‘muka sama’ sejak dulu, ‘Tangmo Nida’ versi berhijab terkesan...

Rakan-rakan sering kata ‘muka sama’ sejak dulu, ‘Tangmo Nida’ versi berhijab terkesan kisah kem4tian aktres Thailand

66
0

K3S kem4tian aktres Tangmo Nida masih hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

Berbagai spekulasi dan teori dikeluarkan oleh pihak tertentu yang mengesyaki kemal4ngan ini adalah dirancang.

Ketika kisahnya menjadi perhatian, muncul seorang wanita di negara ini yang wajahnya dikatakan saling tak tumpah dengan bintang terkenal antarabangsa dari Thailand itu.

Menerusi perkongsian video yang dimuatnaik oleh adik iparnya, rata-rata netizen turut mengakui bahawa wajah wanita itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Fee Fitr0h, 34, mirip aktres berkenaan.

Ketika dihubungi mStar, dia yang mesra disapa Fee berkata wajahnya sudah disamakan dengan Tangmo sejak dulu lagi tetapi semakin diperkatakan selepas kes kem4tiannya menjadi perhatian rakyat negara ini.

“Saya tak tahu adik ipar nak post video tu. Saya tahu pun selepas kawan dan customer dari Thailand beritahu video saya dah viral sampai negara sana. Customer tu selalu datang salun milik saya dekat Sungai Golok, Thailand.

“Saya sendiri pun memang berasal dari Thailand. Bagi saya, wajah kami tak sama pun. Tapi sejak kes kem4tian Tangmo, makin ramai orang tegur dan cakap sama,” jelas Fee.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Rakan dan pelanggan dari Thailand beritahu video gadis ini sudah viral sampai negara asalnya, Thailand.

Ketika dihubungi mStar, sesi temubual melalui panggilan WhatsApp ini terpaksa diterjemahkan oleh adik iparnya, Lely Malik, 28, seorang warga tempatan yang menjadi perantara perbualan.

Ini disebabkan Fee baru menetap di Malaysia setelah berkahwin dengan jejaka berasal dari Kelantan, Nik Rosdi, yang berusia 41 tahun.

Bila video muka saya sama dengan Tangmo tu viral, saya takut juga sebab disamakan dengan orang yang dah men1nggal.

FEE

“Saya tak berapa fasih nak cakap Melayu kecuali dalam slang Kelantan. Tetapi sekarang boleh membaca dan mengeja perkataan Melayu cuma lambat sikit.

“Lagipun saya datang Malaysia sebelum PKP tahun 2018 lepas kahwin. Jadi saya masih baru lagi. Saya dan suami tinggal dekat kawasan Rantau selepas mendirikan rumahtangga.

“Saya kenal suami dekat Facebook. Pertama kali jumpa dia pun masa hari perkahwinan. Masa bercinta pun kami cuma berbual melalui video call saja,” jelas Fee.

Wanita ini masih belajar untuk fasih berbahasa Melayu setelah menetap di Malaysia sejak 2018.

Bercerita lanjut, Fee mengakui bahawa dia terkesan dengan berita kem4tian Tangmo walaupun tidak mengenali aktres itu secara peribadi.

“Bila video muka saya sama dengan Tangmo tu viral, saya takut juga sebab disamakan dengan orang yang dah men1nggal. Tapi bagi saya cerita kem4tiannya sangat menyedihkan.

“Saya memang ambil tahu perkembangan Tangmo sebelum kes kem4tian dia lagi. Bagi saya banyak cerita yang tak betul dikeluarkan. Kita masih tak tahu macam mana sebenarnya kejadian sampai dia mati, jadi hal ni bagi saya belum selesai.

Fee juga merupakan seorang model untuk sebuah syarikat tudung.

“Apa yang saya tahu, Tangmo ni orangnya baik. Dulu dia orang susah duduk dengan bapa selepas berpisah dengan ibunya. Masa dia bercinta pun pernah nak bunuh diri sebab putus dengan kekasihnya,” jelas Fee yang prihatin dengan berita dan gos1p aktres ini semasa di Thailand.

Bercerita mengenai dirinya, Fee merupakan seorang model koleksi tudung sejak tahun 2018 sehingga kini.

Wanita ini berkata dia sudah mula membiasakan diri dengan budaya Melayu namun masih terus makan makanan Thailand yang pedas dan masam kerana ibu mentuanya di Kelantan juga berasal dari Thailand.

Wanita berasal dari Thailand ini turut meluahkan rasa simpati dengan nasib menimpa aktres Tangmo Nida.

Dalam pada itu, Fee begitu teruja setelah mengetahui tentang festival makanan Thailand di Malaysia iaitu Absolut Food Fest yang bakal diadakan kelak di Kuala Lumpur kerana dia dan adik iparnya juga akan berniaga di sana.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Iddah Pun Belum Habis Lagi,” – Kecoh Jodoh Dengan Sharnaaz, Shila Amzah Minta Ruang Fokus Diri
Next articleH4mil, Syafiqah Aina Mvntah Kalau Hafiz Mahamad Nak Bermanja – “Lain Sangat Pembawakan Hero Dalam Pervt Tu”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here