Home Petua Tips Rakyat Malaysia Terpegun Lihat Kebolehan Adik 7 Tahun Tebar Roti Canai Lebih...

Rakyat Malaysia Terpegun Lihat Kebolehan Adik 7 Tahun Tebar Roti Canai Lebih 50 Keping Sehari

70
0

Biasanya kita lihat kanak-kanak dalam usia awal 6 atau 7 tahun ini, minat mereka lebih cenderung kepada bermain atau menonton kartun. Macam kita sendiri pun, mesti kenangan masa kecil kita pun lebih cenderung kepada bermain, kan?

Tapi menarik tentang seorang adik di Perlis ni, dia mampu menebar lebih 50 keping roti canai dalam masa sehari. Wow, lain macam!

Baru berusia 7 tahun, aks1 Yusra Asna Ruslin menebar roti canai di gerai makan milik keluarganya yang terletak di sekitar Padang Besar sedikit sebanyak menarik perhatian pelanggan yang menjamu selera di situ.

Adik Yusra menyatakan dia kemahiran menebar roti canai itu mula diajar dari ibu bapanya, Ruslin Meli dan Yuwita Shuib sejak 3 bulan lepas. Hingga ke hari ini, dia mampu menebar antara 50 hingga 60 keping roti canai sehari.

“Saya memang minat tebar roti canai sebab selalu lihat ayah dan mak buat roti canai di kedai makan kami.”

Gadis cilik itu juga menyatakan hasrat untuk membuka restorannya sendiri bersama bapanya satu hari nanti.

Video:

Ruslin Meli, bapa kepada Yusra menyatakan bahawa anak perempuannya itu sendiri yang menunjukkan minat untuk mempelajari skil menebar roti canai.

Selain Yusra, lelaki berusia 45 tahun itu juga sering membawa dua lagi anaknya untuk membantu mereka berniaga supaya mereka tidak meluangkan masa bermain telefon bimbit terlalu lama.

Kebolehan Yusra turut dikongsi oleh Ruslin melalui laman Tiktok @ruslinmeli, di mana ramai netizen mengakui kehebatannya menebar roti.

Komen Netizen:

Mungkin sebelum ini kita pernah lihat penebar roti yang menghasilkan roti canai berbentuk biawak, malah kita juga pernah lihat aksi abang rider turun padang untuk menebar roti canai. Namun jarang sekali kita dengar kanak-kanak berumur 7 tahun mempunyai kelebihan tersebut.

Hebat, kan? Min dulu masa kecik-kecik mampu tebar baju je macam Wahid Senario, dia boleh tebar roti betul!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articlePenampilan Terbaru Coach Yin Cvri Perhatian Netizen – ‘Ni Baru Nampak Macam Bakal Daddy!’
Next articleOrg Lain Pen4t Pancing Ikan, Lelaki Ni Menang Cabut4n Betuah Ford Mustang. Sekali Netizen Perasan Ada Yg Tak Ken4

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here