Home Petua Tips “Keluarga Tan Sri semua sihat?” – Agong tanya khabar PM, rakyat pula...

“Keluarga Tan Sri semua sihat?” – Agong tanya khabar PM, rakyat pula sebak dan tersentuh hati

202
0

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi sidang video di Istana Negara.

Paling menarik perhatian rakyat apabila Seri Paduka dan Perdana Menteri saling bertanya khabar antara satu sama lain, selain penuh teliti ketika perbincangan itu.

 

 

View this post on Instagram

 

15 April 2020 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang video (video conference) di Istana Negara, hari ini. Sesi video conference ini julung kali diadakan untuk mesyuarat Pra-Kabinet berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung pandemik Covid-19. Seri Paduka Baginda turut berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan untuk Seri Paduka Baginda berbincang dengan YAB Perdana Menteri khususnya berkenaan isu-isu semasa. Ini mencerminkan keprihatinan tinggi Yang di-Pertuan Agong terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat kerana secara lazimnya Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat Pra-Kabinet. Daulat Tuanku #agongkita

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara) on

Posting yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara itu mengundang perhatian warganet bagi memberikan pelbagai reaksi.

Rata-rata netizen tersentuh hati mendengar perbualan Seri Paduka dan Perdana Menteri yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat serta pentadbiran negara.

 

Segelintir individu turut mendoakan agar insan-insan yang disayangi rakyat ini sentiasa dilindungi olehNya agar terus memerintah Malaysia dengan sejahtera.

Comel lah YDPA & PM

Rasa sebak bila tengok

Senang hati tengok Tuanku & PM macam ni

Allah kurniakan pemimpin2 yang hebat

 

Inilah yang rakyat inginkan

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar

pendapat bersama Perdana Menteri.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Kredit : ohmymedia

Sumber : Istana negara Bernama

Previous articleTak dapat nak jual tin sebab PKP, segan pula nak minta tolong jiran atuk ini sanggup berlapar
Next article“Tak Payah Sindir La Kata Untungnya Kerja Kerajaan Masa PKP, Ingat Senang Ke?”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here