Home Petua Tips Rancangan nak bercuti sempena raya batal gara-gara PKP, Jamal Abdillah sambut...

Rancangan nak bercuti sempena raya batal gara-gara PKP, Jamal Abdillah sambut Aidilfitri sederhana… utamakan keperluan anak-anak

67
0

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah berkata dia terpaksa membatalkan hasrat membawa keluarga bercuti sempena Aidilfitri ini kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Akur dengan situasi semasa, Jamal, 62, berkata tahun ini dia bersama isteri iaitu Datin Zai Izzati Khiruddin dan anak-anak meraikan Aidilfitri di kediamannya yang terletak di Shah Alam, Selangor.

“Ikutkan perancangan tahun ni saya sekeluarga nak pergi bercuti tapi memandangkan kita sedang PKP, tak boleh nak kemana-mana… raya di rumah sendiri sahajalah!

“Raya tahun ini lebih keutamaan kepada anak-anak, kita pakai apa yang ada pun dah cukup… cuma pakaian hari pertama semalam semua pakai warna sedondon.

“Sebelum raya, saya memang dah siap-siap beli kain untuk dijadikan baju Melayu… isteri pula pergi kedai baju dan beli yang dah siap sahaja… kemudian barulah beli untuk anak-anak,” katanya kepada mStar.

Sepanjang PKP, Jamal membantu isterinya menjalankan perniagaan secara atas talian.

Jamal Abdillah dan Zai Izzati mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Azura, setahun enam bulan dan El Isaac, lima bulan.

Menerusi perkahwinan lalu, Jamal dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 19, dan Ahmad Zaki Yamani, 14.

Sebelum PKP sampailah Ramadan memang jadual saya padat dengan pelbagai program!

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

Bercakap mengenai karier nyanyian, penyanyi lagu Belenggu Rindu dan Neraca ini meluahkan rasa syukur kerana perjalanan seninya masih mendapat sambutan.

Malah, sepanjang bulan Ramadan lalu, Jamal berkata jadualnya padat dengan pelbagai aktiviti.

Jamal bersyukur masih terima banyak tawaran seni.

“Sepanjang bulan puasa saya berada di Shah Alam sahaja. Sebelum PKP sampailah Ramadan memang jadual saya padat dengan pelbagai program.

“Alhamdulillah saya tak duduk diam sahaja, masih terima undangan, buat muzik dari rumah, ada rakaman termasuklah program YouTube… saya rasa saya antara yang bergiat aktif kebelakangan ini.

“Sebelum PKP 3.0, setiap event berlangsung mesti akan ada yang jemput saya… jadi adalah kerja dalam tempoh tu. Tak ada la duduk diam sahaja,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleDah 2 kali raya tak dapat masak menu kesukaan anak… ibu Dr Amalina berzikir cari ketenangan, elak dengar lagu raya tapi lega ada menantu di UK –
Next articleCinta kembali bertaut, Da’i Farhan kembali dengan bekas isteri Fatin pada 1 Syawal –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here