Home Petua Tips “Rapatkan Saf” Tak Dapat Sertai Solat Jemaah, Syeriv Hantar ‘Wakil’ Dinosaur Jadi...

“Rapatkan Saf” Tak Dapat Sertai Solat Jemaah, Syeriv Hantar ‘Wakil’ Dinosaur Jadi Pengganti Diri

200
0

Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, mana perginya perangai ibu bapa kalau tidak jatuh pada anak?

Seperti yang kita tahu, pelakon Syatilla Melvin dan suaminya, Shaheizy Sam mempunyai seorang anak lelaki yang boleh dikatakan agak panjang akal juga.

Jadi, apa sahaja yang dilakukan oleh Syeriv Samheizy sentiasa mencuit hati keluarga dan pengikutnya di laman Instagram.

Kali ini, Syeriv sekali lagi berjaya membuatkan ramai ketawa melihat keletahnya yang telah menggantikan patung dinosaur untuk ‘solat’ bersama dengan bapanya.

Keletahnya itu telah dapat ditangkap melalui kamera litar tertutup yang di pasang pada ruang tamu rumah mereka sekali gus menampakkan keadaan sekeliling ketika kejadian berlaku.

Ramai turut terhibur melihat aksi Syeriv dan menganggap si kecil itu masih lagi mampu untuk menghantar wakil walaupun dirinya tidak dapat untuk sertai solat jemaah berkenaan.

Bagus Syeriv ni, siap suruh dinosaur solat sekali yang tak tahan tu!

Apa pula lah keletah yang akan dibuat oleh Syeriv lepas ni, haritu tunggu luar tandas waktu Syatilla tengah buang air besar kali ni letak dinosaur pula.

Baca juga artikel sebelum ini:

Sanggup Tunggu Ibu ‘Melabur’ Asalkan Tak Berpisah, Gelagat Syeriv ‘Bertapa’ Depan Toilet Bikin Netizen Terhibur
Syeriv Samheizy Ajar Tutorial Makeup Badut, Tak Sangka Syatilla Melvin Kantoi Terkentut

Sumber foto: Instagram Syeriv Samheizy

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleNeelofa Mahu B4ntu Peniaga Burger Selesaikan B4yaran Komp4un
Next articlePasrah jual kambing bakar tak laku, lelaki cepat-cepat tutup gerai… kemudian terus pergi borong makanan peniaga senasib dengannya –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here