Home Petua Tips Remaja Yatlm Piatu Luah Hajat, Teringin Sambut Raya Dengan Ibu Bapa

Remaja Yatlm Piatu Luah Hajat, Teringin Sambut Raya Dengan Ibu Bapa

121
0

Luahan seorang remaja yatim piatu yang dahagakan kasih sayang ibu dan bapa tentunya menjent1k hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

Lebih pilu apabila remaja yang dikenali sebagai Rahman dari rumah Titian Kasih Al-Inayah, Beranang, Selangor ini tidak pernah merasai belaian ibu dan bapa kandung sejak kecil.

“Daripada kecil apa yang saya nak (impikan)… saya nak kasih sayang seorang ibu.

“Dah beberapa tahun saya hidup, selama 16 tahun… jujur cakap saya tak pernah raya dengan mak atau ayah saya,” katanya.

Video:

Kisah tentang luahan Rahman itu dikongsikan pemilik akaun TikTok @myfundaction dan tvlar di media sosial baru-baru ini.

Sehubungan itu mStar menghubungi salah seorang sukarelawan program Special Iftar For Ummah (SIFU) anjuran MyFundAction untuk beramah mesra dengan penghuni rumah Titian Kasih Al-Inayah yang hanya mahu dikenali sebagai Alief.

Menurut Alief, pada mulanya mereka hanya meminta ucapan sempena Ramadan daripada pelajar-pelajar terlibat dalam program tersebut.

Namun ucapan dan luahan isi hati remaja tersebut tertanya mengundang sebak warga maya.

Sikap ringan tulang Rahman dalam membantu menyiapkan makanan semasa program menarik perhatian sukarelawan yang hadir.

“Pada 22 Mac lalu kami anjurkan program Pre-SIFU untuk beramah mesra dengan pelajar-pelajar di rumah anak yatim.

“Waktu lawatan dekat sini, adik Rahman ni antara yang paling rajin bantu sukarelawan kami sediakan makanan. Perwatakan dia nampak seperti seorang yang ceria saja.

“Jadi kami tertarik untuk bertanyakan soalan pada dia sempena bulan Ramadan. Kami tanya apa yang dia nak sangat untuk tahun ni.

Rahman terpaksa duduk di rumah anak yatim Al-Inayah ni untuk ringankan tanggungan keluarga.

SUKARELAWAN MY FUND ACTION

“Namun tak sangka pula dia beritahu teringin sangat nak kasih sayang ibu dan bapa,” demikian imbas Alief ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut tentang Rahman, Alief berkata remaja itu merupakan anak bongsu daripada tiga beradik dan kehilangan kedua-dua ibu bapa sejak masih kecil.

Tambahnya lagi, Rahman kemudian dijaga oleh neneknya namun atas faktor kesempitan hidup, dia akur untuk berpindah dan tinggal di rumah anak yatim bagi meringankan bebanan keluarga.

Remaja ini merupakan anak bongsu daripada tiga beradik yang terpaksa dihantar ke rumah anak yatim kerana hidup dalam kesusahan.

“Dia (Rahman) cerita yang ibunya dah meninggal sejak berusia tujuh bulan, sebab tu tak pernah tengok muka mak dia. Ayah dia pun meninggal masa dia kecil. Jadi sepanjang 16 tahun hidup, dia tak pernah beraya dengan mak ayah sendiri dan itulah wish Ramadan dia.

“Sejak kecil dia duduk dengan nenek. Rahman ni ada abang dan kakak, tapi mereka bukan orang senang. Semua adik beradik dia masih belajar lagi masa tu.

“Jadi dia terpaksa duduk di rumah anak yatim Al-Inayah ni untuk ringankan tanggungan keluarga. Lagi sedih apabila dapat berita tentang nenek dia meninggal dunia tahun lepas,” kata Alief.

Untuk rekod sehingga kini video tentang Rahman meraih lebih 3.6 juta jumlah tontonan di TikTok.

Rata-rata ntizen mengakui terkesan dan sebak mendengar luahan Rahman ini.

“Ya Allah sedihnya dik. Semoga urusan awak dipermudahkan, ditemukan jodoh yang baik dan keluarga mentua yang menyayangimu.

“Semoga Allah temukan kamu isteri dan mentua yang terbaik buat kamu dik. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.

“Auto sebak apabila dengar kisah macam ni. Semoga semua anak-anak yang kehilangan ibu bapa ini menjadi orang hebat apabila dewasa nanti.

“Belajar rajin-rajin adik Rahman. Semoga menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat,” kata beberapa ntizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :.klmenjeritvideo.dnq.news

Previous article“Salam Ramadan Sayang…,” – Puasa Tanpa Isteri Di Sisi, Video Shuib Ziarah Pus4ra Siti Sarah Jent1k Jiwa
Next articleAyu Raudhah Suka Anak Ramai, Meriah Katanya! Zaquan Adha; “Saya Pula Suka Nombor 8”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here