Home Petua Tips Wuhan Ada Balik Cov 19,Bila Remaja China Bawa ‘Pulang’ Cov1d l9 Ke...

Wuhan Ada Balik Cov 19,Bila Remaja China Bawa ‘Pulang’ Cov1d l9 Ke Wuhan Dari UK

3397
0

Seorang remaja lelaki dari China yang sedang belajar di United Kingdom menjadi orang pertama yang membawa ‘pulang’ semula Cov-19 ke Wuhan, kawasan yang pernah menjadi pusat penyebaran wbak tersebut.

Difahamkan, pada minggu lalu bandaraya tersebut telah mengisytiharkan bahawa mereka telah menghapus sebahagian besar wabak berkenaan selepas mencatatkan hanya satu jangkitan baharu dalam tempoh 10 hari.

Menurut laporan daripada Pegawai Kesihatan Wuhan, remaja berusia 16 tahun itu dikenalpasti sebagai ‘kes import’ pertama di bandaraya tersebut.

Remaja itu yang dikenali dengan nama Zhou, did4kwa tidak menunjukan sebarang gejala ketika dijangk1ti.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa Zho telah pergi ke Wuhan dari Newcastle melalui Dubai dan Beijing.

China setakat ini telah merekodkan 691 kes import Covid-19, manakala UK disebut sebagai ‘pes4lah’ kerana ‘menghantar’ kes ke China.

Statistik rasmi menunjukkan bahawa lebih daripada satu pertiga daripada kes yang diimport di Beijing, ibu negara China dikesan dalam kalangan mereka yang tiba dari Britain, diikuti oleh Sepanyol dan Itali.

Menurut rekod, lebih daripada 1,800 orang telah meningg4l dunia akibat C0v-19 dan lebih 25,000 orang telah dijangkiti wabak ini di UK.

Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, Zhou tinggal di daerah Caidian, Wuhan dan belajar di UK.
Dia dikatakan telah menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Newcastle pada 21 Mac lalu dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada hari berikut selepas berhenti di Dubai.

Selepas melepasi pemeriksaan kesihatan di lapangan terbang, dia dibawa ke sebuah bilik untuk menjalani permerhatian perubatan.

Dia kemudiannya pulang ke kampung halamannya dari Beijing pada 23 Mac dengan menaiki keretapi berkelajuan tinggi dan dimasukkan untuk kuarantin di pusat isolasi.

Pihak berkuasa berkata, Zhou tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda Cov-19.

Tetapi, hasil ujian as1d nukleik yang dijalankan ke atasnya mendapati Zhou p0sitif jangk1tan pada 28 Mac lalu dan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulmonary Wuhan.

Zhou adalah satu-satunya jangkitan baharu yang dilaporkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan pada Rabu.

Pihak berkuasa juga melaporkan terdapat lima kematian baharu dan 173 kes jangk1tan yang telah sembuh dan pulih.

Di seluruh dunia, wbak ini telah membunuh lebih daripada 42,300 orang dan mereka yang dijangk1ti kini mencecah 860,000 kes.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Kredit : siakapkeli

Sumber : daily mail

Previous articlePerdana Menteri Isr4el Dilaporkan Sah Positif C0V-19, Respon Para Netizen Memang Win
Next article“Buang Ego Buang Keb0dohan Tu Sikit Dato,Susah Nak Cari Isteri Macam Tu” Netizen ‘Sekolahkan’ Aliff Syukri Setelah Tersebar Surat Cer4i Datin Shahida

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here