Home Petua Tips Rindu kenangan lama! Aniq Suhair mint4 bantu4n netizen jej4k kawan sekolah

Rindu kenangan lama! Aniq Suhair mint4 bantu4n netizen jej4k kawan sekolah

65
0

MAHU membalas jasa baik teman rapat semasa di zaman persekolahan dahulu, pelakon Aniq Suhair memberitahu dia sedang berusaha mencari seorang lelaki berbangsa Cina bernama Jason Chong.

Menurut Aniq, 21, dia terputus hubungan dengan teman rapatnya itu selepas masing-masing membawa haluan sendiri setelah tamat tingkatan 5 pada tahun 2017.

“Ya saya ada kongsi video di Instagram mencari teman lama saya… apabila saya muat naik video itu saya terima beberapa mesej daripada teman dan pengikut memberitahu mengenai lelaki itu.

“Sebenarnya susah juga nak cari kawan-kawan lama yang dah lost contact di media sosial ni, sampai sekarang saya dan kawan-kawan masih mencari teman lama kami itu.

“Memang teringin sangat nak jumpa dia semula sebab semasa di sekolah dulu dia banyak mengajar saya mengenai subjek sains dan dia yang membantu saya untuki skor dalam peperiksaan,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kalau ada kawan-kawan lain yang rapat atau kenal dia bolehlah beritahu saya, seronoknya kalau dapat jumpa semula!

ANIQ SUHAIR

PELAKON

Sebelum itu, pelakon drama T4hyul ini berkongsi video mencari teman sekolahnya yang sudah lima tahun tidak berhubung.

Dalam pada itu, Aniq memberitahu dia memasang impian untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama teman baiknya itu.

aniq 2

Aniq rindu teman sekolah dahulu.

Malah, dia turut memohon pengikut dan orang ramai agar menghubunginya jika mengetahui keberadaan terkini Jason.

“Harap sangat dapat jumpa dia secepat mungkin, lagi pula Chinese New Year dah nak dekat, kalau jumpa nanti boleh la kami raikan bersama, makan-makan dan rapatkan silaturahim.

“Saya harap dia mengetahui saya sedang mencarinya… kalau ada kawan-kawan lain yang rapat atau kenal dia bolehlah beritahu saya, seronoknya kalau dapat jumpa semula,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous articleAlhamdulillah, Rezeki Mencurah-Curah, Baru Dapat Motosikal Kali Ini Dapat Lagi Rezeki Daripada Nona.
Next articlePuteri YDPA Hantar Makanan Kepada Neelofa, Sekali Benda Lain Pula Yang Jadi Perhatian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here