Home Petua Tips Rupanya Cerita Rumahtangga Rozi Dengan Abang Siti NurhaIiza Sudah Berakhir Dua Tahun...

Rupanya Cerita Rumahtangga Rozi Dengan Abang Siti NurhaIiza Sudah Berakhir Dua Tahun Lalu

641
0

Siapa sangka dalam diam, rupa-rupanya pengurus kepada penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

Terdahulu Rozi, 46, mengesahkan rumah tangga dia dengan abang kepada Siti iaitu Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie berakhir sejak dua tahun lalu.

Pengurus penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak mengesahkan sudah bercer4i dengan abang Siti, Saiful Bahri Tarudin atau dikenali sebagai Ayie sejak dua tahun lalu.

 

Abang Siti Nurhaliza,Ayie

Perkara itu dikongsi Rozi, 46, menerusi rakaman video dengan sebuah penerbitan majalah yang dimuat naik di Instagram, semalam.

Menurut Rozi yang juga ibu beranak tiga itu, status dirinya turut menjadi pertanyaan dalam kalangan peminat di media sosial apabila tidak pernah melihat kelibat suaminya bersama.

” Mungkin tak semua orang tahu dan ramai yang tanya mana suami, kenapa tak letak gambar dia. Sebenarnya status saya sekarang adalah ibu tunggal.

” Kami sudah berpis4h hampir dua tahun lalu. Sebelum kami ke mahkamah untuk memutuskan perpis4han, rakan serta keluarga terdekat sudah mengetahui itu jalan terbaik untuk kami,” katanya.

” Ramai yang tanya mana suami saya, kenapa tak letak gambar suami apabila sering berkongsi foto dengan anak-anak.
” Dalam hal ini, hanya rakan dan keluarga rapat saja tahu kedaan sebenar yang saya adalah ibu tunggal,” katanya.

Rozi berkata perpis4han adalah jalan terbaik buat dia bersama bekas suami dan perkara itu diketahui anak-anak.

” Sebagai ibu, saya taknak status perpis4han yang berlaku membuatkan anak-anak rasa terabai. Jadi, saya duduk dengan anak-anak dan panggil mereka untuk berbincang supaya bersedia.

” Saya tidak mahu mereka fikir bukan-bukan. Bagi saya, kekuatan anak-anak bergantung kepada tindakan ibu bapa,” katanya.

Rozi yang terbiasa berdikari berkata, dia meneruskan kehidupan seperti biasa, cuma bezanya tanggungjawab keluarga digalas sendiri.

Menurut Rozi lagi, kehidupan mencabar apabila perlu melakukan semua perkara secara sendiri dan pada masa anak-anak dalam proses membesar.

Hasil perkongsian hidup Ayie dan Rozi, mereka dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Menerusi kapsyen di video tersebut, Rozi berkata dia sememangnya kurang bercerita mengenai hal peribadi namun terbuka untuk berkongsi motivasi dan inspirasi.

 

 

Rata-rata netizen di ruang komen tersebut memuji Rozi seorang wanita yang kuat dan mendoakan agar dia sentiasa berbahagia dengan anak-anak.

” Anak-anak pula ketika itu sedang membesar dan perlu perbelanjaan yang banyak, jadi saya tak boleh berada satu tahap saja.

” Saya perlu cari peluang dan sumber untuk menjana ekonomi supaya anak-anak ada masa depan yang baik. Saya tak nak status kita ini buat anak rasa terabai,” ujarnya.

Hasil perkongsian hidup Ayie dan Rozi, mereka dikurniakan tiga anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : mstar

Previous articleBila Bonda Rozita Menegur Anaknya Aliff Syukri , Ini Jawapan Balik Aliff Pada Maknya
Next articleBukan C4lang C4lang Wanita Ni,“Saya Tertvmbuk Hidungnya Hingga Berd4rah…” Zahirah Macwilson

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here