Home Petua Tips “Sahabat pasti kenal sangat sahabatnya..” – Netizen terpukau dengan suara padu Naqiu

“Sahabat pasti kenal sangat sahabatnya..” – Netizen terpukau dengan suara padu Naqiu

144
0

Baru-baru ini bekas peserta rancangan realiti Gegar Vaganza telah membuat kemunculan di pentas Karaoke Superstar yang membuatkan ramai peminat tertarik dengan kehebatan suaranya.

Karaoke Superstar merupakan satu rancangan realiti terbaru yang diterbitkan Astro berkonsepkan pertandingan nyanyian seolah-olah karaoke.

Tomok

Tomok diberi tugasan untuk meneka siapakah penyanyi yang tidak diketahui identitinya itu dan berjaya meneka dan menyebut nama rakannya itu sekaligus akan mewakili kumpulannya dalam rancangan tersebut.

Naqiu yang sebelum ini menyandang gelaran juara untuk pertandingan Gegar Vaganza itu dilihat membuat persembahan yang memukau di pentas Karaoke Superstar.

Susulan persembahan ‘power’ yang dipersembahkan Naqiu itu, video nyanyian beliau tular di media sosial dan menerima pujian dari warganet.

Lihat video di bawah :

Naqiu mendendangkan lagu Sejarah Mungkin Berulang nyanyian asal oleh Tomok mencetuskan fenomena dan rata-rata netizen tertarik dengan suara Naqiu sekaligus mengimbau kembali zaman lagu itu berada di puncak.

Warganet memuji nyanyian Naqiu yang dianggap jarang mengecewakan dan meninggalkan komen positif di video tular itu.

Antara komen yang ditinggalkan netizen :

“Memang suka dengar Naqiu nyanyi, sungguh sungguh dia nyanyi. Patut pun juara GV”

IMG_20220613_132514

“Kalau Naqiu nyanyi tabik bro”

IMG_20220613_132447

“Sahabat pasti kenal sangat sahabatnya… hebat Tomok. Suka dengan mereka berdua zaman tu lagi”

IMG_20220613_132429

“Memang peminat depa masa zaman sekolah, new boyz dan boboy. Sapa lahir zaman 86 mesti zaman sekolah mase top dengan…”

Naqiu

SUMBER : TikTok

Previous article“Dah laa salah , Ajar plk mummy dia…” – Ramai Terhibur Dengan Telatah Jebat Jayden Ajar Noor Nabila Sebut Air Soya
Next article“Comelnya Liza Hanim Tidur..” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here