Home Petua Tips Sambut Deepavali Ke? Ini Sebab Janna Nick Pakai Baju Berbeza Untuk Hari...

Sambut Deepavali Ke? Ini Sebab Janna Nick Pakai Baju Berbeza Untuk Hari Raya Aidilfitri

56
0

Hari Raya Aidilfitri 2021 untuk hari pertama sudah selesai dengan pelbagai jenis rekaan busana yang dipakai untuk perayaan tersebut.

Namun berbeza pula dengan pelakon Janna Nick yang dilihat memakai baju untuk perayaan kaum India.

Melalui caption pada satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Janna menjelaskan sebab beliau berpakaian sebegitu.

“Kisah baju raya kami,

So..nak dijadikan cerita,kami tak dan nak beli baju raya!

punyalah sibuk shooting + dok tunggu arahan kerajaan,boleh raya ka tak boleh raya tahun ni.

Sampai la 2 hari sebelum raya, kami shooting dekat hotel di Semenyih. Sebelah hotel tu ada satu kedai India jual baju sari semua la.

Kami pun tibai beli je la baju raya kat situ.

Harga baju kami ni sepasang RM65 ja.

So settle baju raya !

Tu je la nak cerita. “

Janna berkata, beliau tidak sempat untuk mendapatkan baju raya kerana sibuk dengan penggambaran.

Oleh itu, beliau hanya mendapatkan baju yang dijual di sebuah kedai pakaian India.

Bagaimanapun tidak kisahlah jenis busana yang dipakainya, asalkan ia selesa untuk beliau gayakan.

Janna juga sempat menulis ucapan raya untuk semua.

“Apa apa pun kami nak ambik kesempatan untuk ucapkan hampa semua SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

dan kami nak mohon kemaafan dari semua yang mengenali diri kerdil ini.

Semoga segala sengketa & duka dapat di lupakan 🖤”

Dalam pada itu, Janna menerima ucapan hari raya pada ruangan komen.

Sumber: Instagram Janna Nick

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous article“Raya Berlima” Caption Video Wawa Zainal Mengelirukan, Buat Peminat Tertanya-Tanya
Next articleRaya PKP Sebenar, Emma Maembong Sekeluarga Pakai Baju Tidur Tapi Ada Netizen Persoalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here