Home Petua Tips Sampaikan Salam Saya Buat Keluarga Di Kampung – Ucapan PM Di Media...

Sampaikan Salam Saya Buat Keluarga Di Kampung – Ucapan PM Di Media Sosial Buat Ramai Yang Terharu

99
0

Pasti sudah ramai yang telah sampai ke kampung ketika ini. Tidak lupa juga, masih ada golongan yang belum pulang ke kampung di atas sebab-sebab tertentu terutama tuntutan kerja.

Selaku Perdana Menteri Malaysia,Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob tidak terkecuali dalam merasai kemeriahan sambutan Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi bersama rakyatnya.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Dato’ Sri Ismail bertanyakan kepada rakyat mengenai status perjalanan rakyat Malaysia samada sudah tiba di kampung ataupun masih di dalam perjalanan.

Tambah beliau lagi, untuk tahun ini sudah pasti terdapat pasangan keluarga yang sedang ‘tawar-menawar’ untuk pulang ke kampung suami ataupun keluarga di sebelah isteri.

Tulisnya, pelbagai suka dan tawa Keluarga Malaysia setelah dua tahun kita tidak menikmati kegembiraan ini.

Dato’ Sri Ismail turut berpesan supaya rakyat sentiasa berhati-hati ketika memandu dan menyampaikan salam kepada keluarga di kampung.

Beliau mengakhiri perkongsian tersebut dengan menyatakan bahawa beliau sayang semua rakyat Malaysia.

Meninjau di ruang komen, ramai netizen yang bersyukur dan berterima kasih kerana dapat pulang ke kampung, dan ada juga pihak yang terharu dengan perkongsian oleh PM tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: beautifulnara

Previous article“Awak Tak Solat Ke? Jomla Solat – Cara Noh ‘Ubah’ Mizz Nina Buat Ramai Tersentuh
Next articleZizi Kirana tak sabar civm tangan suami di pagi raya, tapi takut nak balik rumah mentua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here