Home Petua Tips “Saya Beritahu Haris, Suka Nama ‘Bilal’,” – Neelofa Cerita Proses Pilih Nama...

“Saya Beritahu Haris, Suka Nama ‘Bilal’,” – Neelofa Cerita Proses Pilih Nama Anak Sulung

104
0

Selebriti popular, Noor Neelofa mended4hkan pemilihan nama anak pertamanya, Muhammad Bilal dilakukan atas sepakat bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz.

Menurut Neelofa, dia suka nama tersebut selain hasrat suaminya yang mahukan ia mempunyai makna baik yang boleh diceritakan buat permata hatinya itu bila besar nanti.

“Mengenai nama anak ini, kita banyak berbincang. Misalnya mahu nama itu dan ini. Kami ada cadangkan beberapa nama. Suatu hari, Haris berikan saya senarai nama anak yang sudah disenarai pendek.

“Kemudian saya beritahunya, suka nama ‘Bilal’. Cuma waktu itu, Haris ada sebut, kalau boleh biarlah pemilihan nama itu boleh diceritakan kepada anak nanti,” katanya.

Haris pada masa sebolehnya mahu nama anak tidak dipanggil dengan panggilan ringkas.

“Saya pun kalau boleh biarlah nama itu dipanggil secara penuh. Bilal ni, jarang orang panggil ‘Lal’,” katanya.

Pasangan ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Berbuka Puasa Neelofa & Haris di Cili Kampung, Hartamas, pada Khamis.

Ditanya maksud di sebalik pemilihan nama buat anak sulung mereka yang kini mencecah usia empat bulan itu, PU Riz memberitahu nama berkenaan cukup dekat di hati.

“Bila banyak diundang untuk berikan ceramah, cerita mengenai Bilal (Bilal bin Rabah) ini memang betul-betul terkesan dekat hati.

“Kalau boleh saya ceritakan secara ringkaslah. Pertama, dia orang yang berpegang benar kepada prinsip. Kalimah Allah SWT tidak dibuat main sehingga dia sakit dan hampir mati, tak buat main.

“Kedua, dalam sebuah hadis meski ia ada sedikit keraguan… siapa yang menjadi bilal untuk beberapa tahun, dia akan masuk syurga tanpa dihisab. Sebab dia seru orang sembahyang hari-hari.

“Ketiga, Bilal ini juga seorang insan yang mana dia berjalan di dunia, nabi kata aku dah dengar tapak kaki kau di syurga. Subhanallah.

“Jadi semperna dengan berkat nama Bilal ini, kita berdoa malah kepada semua orang juga. Semoga anak ini dapat ambil berkat namanya. InsyaAllah,” kata PU Riz lagi. 

Foto: Neelofa Team

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : MH

Previous article“Jangan Main Kat Luar Tau” – Video Nenek Bercakap Dengan Si Bulus Cvri Tumpuan
Next articleNiat nak kongsi kejutan ulang tahun perkahwinan, tapi netizen ‘cair’ tengok bapa umur 50 tahun masih kacak… Ada yang panggil ‘h0t daddy’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here