Home Petua Tips “Saya Mohon Allah Beri Yang Terbaik Dalam Hidup,” – Hampir 4 Tahun...

“Saya Mohon Allah Beri Yang Terbaik Dalam Hidup,” – Hampir 4 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Ziana Zain Bercakap Soal Jodoh

102
0

Hampir empat tahun melayari hidup sebagai ibu tunggal, penyanyi Ziana Zain mengakui dia tidak menutup pintu hatinya.

Namun, pemilik nama lengkap Siti Roziana Zain ini berkata buat masa sekarang dia lebih senang memberikan fokus terhadap empat anaknya selain karier seni.

“Sebenarnya saya tak berani cakap tutup hati ke tidak… sebab kita tak tahu di masa hadapan.

“Saya lebih tertumpu kepada kehidupan sebagai seorang ibu, penyanyi, kakak dan anak-anak saya.

“Tapi saya mohon pada Allah agar beri yang terbaik dalam hidup saya.

“Bila minta yang baik, Allah akan bagi dalam bentuk apa… Wallahualam.  Paling penting sekarang, saya nak menyanyi dan jumpa peminat,” katanya kepada Media Hiburan.

Ziana ditemui pada majlis sidang media Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang berlangsung di Hotel Le Meredien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Jualan tiket konsertnya bersama Anuar Zain, Anuar & Ziana Live In Kuala Lumpur 2022 yang bakal berlangsung pada 6 Ogos depan dilaporkan habis terjual dalam tempoh tiga hari selepas ia dilancarkan Khamis lalu.

Sekadar informasi, Ziana mendirikan rumah tangga bersama bekas ketua pramugara, Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Muhammad Aiman, 22, Muhammad Ammar, 18, dan pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh yang kini berusia 13 tahun.

Selepas dua dekad hidup bersama, Ziana dan Armin disahkan berc3rai t4lak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: MH

Previous articleCinta Pernah Ditolak Berkali-Kali, Wanita Tak Sangka Berjodoh Lelaki Tua 18 Tahun
Next article“Aku Tak Pantang Langsung,”-Baru Beranak, Syatilla Melvin Dah Keluar Jalan-Jalan, Siap Dedah Harga CaesarBuat Ramai Terkejut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here