Home Viral ‘Saya nak bersihkan’bila ramai tak puas hati Aliff Aziz asyik terselamat, ini...

‘Saya nak bersihkan’bila ramai tak puas hati Aliff Aziz asyik terselamat, ini respon Aliff Aziz

145
0

‘Saya nak bersihkan’bila ramai tak puas hati Aliff Aziz asyik terselamat, ini respon Aliff Aziz

Salah seorang Pemenang Gegar Vaganza  iaitu Aliff Aziz, antara peserta yang masih bersaing di pentas All Stars Gegar Vaganza ketika ini.

Namun sejak pertandingan ini berlangsung, Aliff Aziz seringkali menjadi tumpuanpara penonton.

Ramai yang menganggap suami kepada Bella Astillah ini sepatutnya dah lama tersingkir.

Di laman media, ramai yang mempersoalkan markah yang diterima oleh Aliff Aziz.

Lihat Video

Saban minggu, akan ada suara yang terus mempertikaikan kedudukan Aliff Aziz.

Sebagai contoh, untuk minggu ke tujuh, ada yang mengatakan Ezad dan juga Nikki Palikat sepatutnya menerima markah yang lebih tinggi berbanding Aliff Aziz.

Ini antara komen dari warga maya.

“Aliff ni nyanyi slow, tak dengar pun masih selamat.”

“Biar betul lagi lagi tinggi Nikki.”

“Seriuslah Ezad bawah dari Ezad. Asyik nak simpan dia je.”

Kerana begitu banyak komen-komen dari warga maya, akhirnya pihak media bertanya kepada tuan punya badan sendiri tentang hal ini.

Bagi Allif Aziz, dia tidak ambil pusing akan hal itu. Aliff mengambil pendekatan untuk tidak membaca komen yang ditulis oleh wargamaya di media sosial.

“Sejujurnya, saya tak pernah baca komen-komen itu pun. Ini untuk diri saya juga dan saya nak bersihkan fikiran.”

“Kita ni memang tak boleh nak merayu semua orang.”

“Apapun, mereka yang nak tulis komen itu, mereka tak semestinya dalam dunia hiburan, jadi berhati-hatilah.”

“Sebab kita takut satu hari nnti kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita tulis. Kalau benda itu melambatkan proses di akhirat kelak, apa gunanya.”

Itulah respon dari Aliff Aziz seperti yang dilaporkan oleh portal Mstar.

Bagi Aliff Aziz lagi, hanya juri profesional saja yang layak untuk memberi markah dan mengadili para peserta.

“Selagi juri rasa saya layak, masih ada tenaga dan kudrat, saya akan terus memperbaiki diri. Saya akan pergi sejauh mana yang saya mampu.”

Diimbas kembali Aliff Aziz kini sudah dua minggu berturut-turut berada di kedudukan tiga peserta markah terendah.

Ketua juri Ramli MS memuji Aliff Aziz bila membawakan lagu dari Dato M Daud Kilau.
Apapun peserta GV10 semuanya ada cara masing masing namun mungkin gaya Aliff Aziz ini menarik minat para para juri.

Sumber: IG

Previous article‘Kecoh Inspektor Sheila didakwa lagi’ sekali curi perhatian netizen
Next article‘Ada petunjuk baru’ polis periksa rumah dekat lokasi penemuan myat adik Zayn Rayyan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here