Home Viral “Saya suka sikap Syamsul” Dato Yusof Haslam puji sikap Syamsul,sekali Datin Fatimah...

“Saya suka sikap Syamsul” Dato Yusof Haslam puji sikap Syamsul,sekali Datin Fatimah masuk komen

195
0

“Saya suka sikap Syamsul” Dato Yusof Haslam puji sikap Syamsul,sekali Datin Fatimah masuk komen

Kuala Lumpur: “Alhamdulillah syukur, kami gembira melihat sikap Syamsul yang utamakan anak-anak dan berbaik dengan bekas isterinya, Puteri Sarah. Inilah sikap perlu ada bagi setiap pasangan yang dah bercerai,” kata penerbit filem dan drama, Datuk Yusof Haslam.

Terdahulu, Syamsul, 39, menerusi hantaran video di akaun Instagram miliknya hari ini dilihat menemani dan menyokong dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, yang menyertai pertandingan hari sukan diadakan.

Menerusi video itu, bapa dan anak kelihatan begitu gembira, bahagia dan bersemangat. Malah, Syaikhul serta Sumayyah juga berjaya memenangi medal dalam acara sukan yang disertai mereka.

Lihat video

Yusof, 69, dihubungi berkata, tindakan Syamsul yang meluangkan masa mengikuti acara hari sukan disertai anak-anaknya itu adalah satu tindakan terbaik dan wajar dilakukan sebagai seorang bapa.

“Berbaik-baiklah demi anak-anak supaya mereka gembira dan tidak digores hati mereka selepas perpisahan kedua ibu bapa yang sudah berlaku.

“Perhatian dan tanggungjawab menjaga anak-anak juga bukan dibahu bekas isteri semata-mata. Ini tanggungjawab bersama. Walau dah bercerai, kami gembira dengan melihat perkembangan terbaharu Syamsul dan Puteri Sarah,” katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.

Menurut Yusof, beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail juga sentiasa mendoakan Syamsul agar terus berjaya dalam karier seninya dan tabah menghadapi segala ujian kehidupan yang mendatang.

“Untuk Syamsul, kami memang tak pernah lekang mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga dia terus berjaya dan tabah menghadapi setiap ujian yang datang kepadanya.

“Segala yang baik datangnya daripada Allah SWT dan segala kelemahan dan kekurangan serta keburukan itu pula datang daripada kami sendiri,” katanya.

Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu selepas empat tahun berdepan kemelut rumah tangga berpanjangan.

Syamsul sudah bernikah dengan wanita pilihan, Ira Kazar juga anak kepada pelakon Kazar Saisi. Mereka mengumumkan sudah bernikah di Thailand pada 6 Januari lalu.

Sumber : harian metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Sudah bercerai menantu baru dapat” Tak Sangka Dato Yusof Haslam Hadiahkan Ini Pada Puteri Sarah
Next articleSekian lama menjaga aib akhirnya Lisdawati dedah sesuatu,sudah lama jaga hati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here