Home Petua Tips “Saya Tak Lari Pun..,” Nak Pulangkan Duit Pelanggan, Safiey Illias Jual Rumah

“Saya Tak Lari Pun..,” Nak Pulangkan Duit Pelanggan, Safiey Illias Jual Rumah

102
0

Usahawan sensasi, Safiey Illias mendedahkan dia terpaksa menjual rumahnya yang terletak di Setia Sky Residence untuk membayar hutang dan ‘refund’ semula wang pelanggan yang sebelum ini membeli barangan yang dijualnya.

Menerusi Instagram, Safiey mengakui kesilapannya dan menganggap ia sebagai ujian serta musibah buat dirinya.

“Di kesempatan masih raya ini, saya mohon keampunan. Saya akan selesaikan satu per satu. Saya sentiasa balas mesej orang yang minta refund. Saya tak lari pun.

“Doakan saya dipermudah urusan untuk selesaikan semuanya secara berperingkat. Semoga dengan niat saya ini Allah permudahkan semuanya dan beri peluang kedua untuk saya.

“Saya bukan nabi, saya manusia biasa. Apa-apa pun saya akan update satu-satu ya. Doa je banyak-banyak. Dan ada beberapa individu saya dah refund.

“Saya tak nak cakap banyak, orang takkan percaya kan? Tapi, nanti saya dah selesai semua barulah orang akan percaya,” tulisnya.

Sebelum ini, seorang wanita tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan usahawan terbabit dalam satu urusan jual beli beg tangan terpakai.

Susulan daripada penularan cerita berkenaan, ramai individu yang pernah menjadi mangsa turut mendedahkan pengalaman yang sama.

Ada juga yang mendedahkan pernah berjumpa dengan ayah usahawan berkenaan bagi menuntut bayaran hutang Safiey.


Enggan keluarga terpalit sama, Safiey turut memohon agar individu tidak berpuas hati terhadapnya tidak membabitkan kedua ibu bapanya.

“Janganlah babitkan keluarga saya yang tiada kena mengena dalam hal ini. Saya dalam proses jual rumah di Setia Sky. Tapi makan masa juga. Saya buat semua ini demi langsaikan semua hutang.

“Lagi pun rumah tu saya dah tak duduk pun. Rumah dah habis bayar, beli cash. Tak larat nak bayar maintenance fee RM600 sebulan,” coretnya.

Sumber: Cari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.viralkamipress.dnqj.my/

Previous articleSeb4k Teng0k Keadaan Kereta Milik Penumpang MH37O Sudah Berdebu Masih Terparkir Di KLIA Sejak 8 Tahun Lalu
Next articleSekian Lama Simpan Rahsia, Sheera Iskandar Ded4h Kini Berbadan Dua An4k Pertama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here