Home Petua Tips Sayang nak tinggal rutin ke masjid, Saharul Ridzwan belum sedia kembali berlakon…...

Sayang nak tinggal rutin ke masjid, Saharul Ridzwan belum sedia kembali berlakon… Risau tak mampu solat awal waktu

123
0

Sebut sahaja nama pelakon, Saharul Ridzwan pasti sudah begitu diminati peminat drama tempatan dengan hasil lakonannya yang tidak dinafikan sangat baik.

Malah drama yang dibintangi pelakon ini sentiasa hangat dibualkan peminat walaupun digandingkan dengan mana-mana pelakon sekalipun.

Baru-baru ini, setelah lama menyepi dalam dunia lakonan, Saharul Ridzwan berkata dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Menurut Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 33, sungguhpun rindu untuk beraksi di depan kamera, namun buat masa ini dia memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Saya pun tak tahulah nak cakap, mungkin gerak hati kot buatkan saya nak berubah. Saya nak belajar solat jemaah di masjid serta belajar ikut sunnah Nabi dengan berniaga.

“Untuk kembali berlakon, saya okey sekiranya ia tidak melanggar batas. Bukan itu saja, kena juga ambil kira proses itu seperti macam mana nak jaga pandangan mata.

“Selain itu bolehkah kita solat tepat pada waktu? Tapi ini adalah kelemahan saya, bukan salah sesiapa,” katanya kepada mStar.

Video:

Untuk makluman, Saharul Ridzwan dan isteri, Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang kini berusia dua bulan.

Komen netizen:

Sumber: Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleHampir 7 Bulan Menduda, Ini 4 Wanita Cantik Yang Shuib Asyik Dijodohkan
Next article“Ni Opponent Pun Menyerah Diri” Video Hannah Delisha Bertinju Cvri Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here